Tuesday, 12 March 2013

Tafsiran Mimpi 'B'


1- BABI
Bagi org islam adalah najis dan menjijikkan serta haram dimakan. oleh itu barangsiapa yg bermimpi babi, maka hendaklah berhati-hati khususnya kepada kawan-kawan non Islam. bermimpi babi adalah diibaratkan musuh yg ingkar, lacut dan jahat seperti orang yahudi.     *(Al-Maidah:43)
2- BAKHIL
bakhil adalah perkara yg amat tercela di sisi Allah dan bakhil adalah perangai kaum Yahudi. oleh itu barangsiapa yg bermimpi terhadap org bakhil, maka ia adalah sifat yg tercela, jelek dan jahat.   *(Al-Lail:8-10)
3- BAPA
bapa adalah seseorang yg memelihara dn mendidik anda. bapa juga adalah yg memberi fasiliti dan yg memberi ilmu. oleh itu barangsiapa yg bermimpi melihat bapa , maka ia bermakna kebaikan, sebab bapa menyayangi anak di atas sayangnya terhadap dirinya sendiri. bermimpi melihat bapa adalah kebaikan dan kegembiraan, kecuali apabila anda melihat bapa anda dalam keadaan sakit atau sedih, maka ia bermakna bencana yg akan menimpa anda, harta dan pangkat anda. apabila bermimpi bapa dalam keadaaan sakit dan bapa itu mengharapkan utk menolong , maka cepat-cepatlah anda menolong kpd bapa anda.    *(Al-Isra:23)
4- BAJU BESI
Bermimpi baju besi , ia bermakna benteng dan keamanan, kekuatan dan juga menunjukkan kehebatannya dan kekuatannya. apabila baju besi dipakai oleh wanita , maka ia bermakna wanita itu terjaga. bermimpi banyak baju besinya itu bererti akan banyak zuriatnya yang kuat-kuat belaka    *(Al-Anbiya:80)
5- BATU
mimpi melihat batu penafsirannya mengikut warna batu itu, tetapi pada umumnya bati itu beerti siksaan. apabila anda mimpi terkena batu itu, maka anda akan terkena siksaan. sekiranya anda mendapat selamat dr lemparan batu, maka anda selamat dari hukuman.bermimpi melihat batu Hajar Aswad adalah bermakna taubat dan kembali kepada Allah.    *(At-Tahrim:6)
6- BAWANG PUTIH
bawang putih adalah sebahagian benda yg dicari oleh Yahudi dan bawang putih itu mempunyai bau yg tidak disukai oleh Nabi bahkan Nabi melarang seseorang yg lepas makan bawang putih masuk berjemaah solat dalam masjid. oleh itu barangsiapa yg bermimpi bawang putih , adalah bermakna pencegahan, atau larangan atau juga peringatan agar jangan makan harta haram.     *(Al-Baqarah:61)
7- BAITUL MAQDIS
bermimpi tentang Baitul Maqdis bermakna kebaikan dan kebahagiaan. oleh itu barangsiapa yg bermimpi solat dlm masjid , maka ia akan naik Haji dan izin Allah dan bermimpi masuk ke dalam masjid Baitul Maqdis berkeliling dengan memerhatikan bangunannya, maka ia akan mendapat bahagian harta pusaka berupa bangunan dan harta benda dan barangsiapa yang bermimpi masuk masjid trsebut bersama orang ramai dan ditangannya membawa pedang dan mushaf , maka ia kelak akan menjadi tentera utk membebaskan Baitul Maqdis dari kekuasan Yahudi.semua menjadi tentera yg berjihad membebaskan bangsa Arab dari orang-orang jahat dan juga  menegakkan kalimat Allah.    *(Al-Isra:1)
8- BANGUNAN
bermimpi bangunan adalah menunjukkan kegembiraan kecuali bagi orang-orang yg jahat apabila bermimpi melihat bangunan adalah bermakna buruk.dan apabila anda seorang Muslim yg baik bermimpi melihat bangunan, maka akan mendapat kebaikan dan akan mencapai darjat dan kedudukan yg tinggi.    *(Al-Mursalat:32)
9- BARANG TEMUAN
barang temuan di dalam mimpi mengandungi makna harta pusaka , harta , rezeki dan perhiasan akan tetapi menimbulkan keraguan dan ketakutan. oleh itu barangsiapa yang bermimpi mengambil harta temuan, maka ia akan mengalami ketakutan dan keraguan, dan bermimpi meninggalkan harta temuan maka ia bermakna kemuliaan dan keluhuran.       *(Al-Qasas: 8)
10- BATU AKIQ
Batu akiq adalah tergolong batu dimuliakan. oleh itu barangsiapa yg bermimpi  memakai batu akiq atau memegangnya ia bermakna kebaikan iaitu akan dilapangkan setelah menghadapi kesulitan, ia akan mendapat kegembiraan setelah mendapat kesusahan dan menjadi kaya apabila miskin , dan selalu akn ditambah kebaikannya.     *(Al-Baqarah:105)
11- BANJIR
banjir adalah bahagian dari bencana yg dapat merosak kepada kehidupan manusia. oleh itu barangsiapa yang bermimpi melihat atau terkena banjir, maka ia bermakna akan mendapat musibah.kecuali apabila anda bermimpi melihat air mengalir di dalam kebun dan dimanfaatkan manusia utk menyirami kebun, atau ladang, maka ia bermakna rezeki yg berterusan. adapun air mengalir diluar tanahnya maka ia adalah wabak penyakit.        *(Saba':16)
12-BAJU
penafsiran baju dlm mimpi mengikut warna baju, dan jenis baju. baju sutera berbeza dgn baju kotton dan baju putih berbeza dgn baju merah. berikut ini penafsiran baju dalam mimpi mengikut bahannya:
baju bulu ia bermakna kehangatan dan ia menunjukkan kekayaan, kesihatan dan kesegaran serta kesembuhan dari sakit.
baju kotton ia bermakna selesa dan tetap dlm kebaikan
baju sutera apabila ia dipakai laki-laki, maka ia bermakna kemaksiatan dan jika wanita ia bermakna kebahagiaan. dan apabila dapat mimpi mayat berpakaian sutera, maka bermakna ia akan masuk syurga.
makna baju dlm mimpi mengikut warna sebagai berikut:
baju hijau ia bermakna kegembiraan kerana akan mendapat keredhaan Allah dan baju hijau juga menunjukkan kebahagiaan kebaikan dan ketaqwaan.
baju putih seperti warna hijau juga, tetapi darjatnya lebih rendah dan ia adalah golongan org yg beriman.
baju merah apabila dipakai wanita, maka ia tidak mengapa, tetapi jika lelaki memakai baju merah ia bermakna kesesatan.
baju kuning. apabila bermimpi memakai baju warna kuning bermakna akan sakit dan sedih
baju warna warni ia bermakna fitnah, kejelekan dan kesusahan.
baju baru ia bermakna akan mendapat jodoh
baju yg menutup kepala. barangsiapa yg bmimpi memakai baju ke seluruh badan dan juga termasuk menutup hidung yg tidak munasabah dipakai dalam keadaan normal, maka ia bererti mendekati ajal oleh itu cepat-cepatlah bertaubat sebelum datangnya malaikat maut.
baju yg koyak-koyak ia bermakna  anda akan terkena  sihir. oleh itu anda mesti berhati-hati dan selalu membaca ayat Kursi.
baju api. ia bermakna kekufuran dan murtad
*(Al-Kahfi:31) *(Al-Hajj:19)

13- BARA API
Api atau bara api yang selalunya merosak atau membakar. oleh itu barangsiapa yang bermimpi terkena bara api, maka ia bermakna akan terkena fitnah dan kehancuran. dan apabila bermimpi memadam api , maka ia bermakna dia berusaha mendamaikan antara dua orang yang bergaduh. *(Al-Maidah :64)
14 - BERAS
beras adalah biji - bijian yang berwarna putih selepas di tumbuk dengan cara-cara tertentu dan ia menunjukkan kesungguhan. oleh itu bermimpi beras bermakna rezeki, kesenangan dan kesihatan. Apabila bermimpi makan beras yang tidak musim panen atau masih berupa padi, maka ia bermakna kemaksiatan bencana dan kedurhakaan.
15- BENGKOK
bengkok atau belok-beloknya jalan ia menunjukkan kesasatan. oleh itu barangsiapa yang bermimpi melalui jalan yang bengkang bengkok, maka ia kena berhati-hati, kerana ia akan menyebabkan kerosakan kesasatan dan jauhnya dari hidayat. *(Al-An'am :153)
16- BERGOYANG-GOYANG
orang yang bergoyang-goyang bermakna orang yang tidak tenang dan tidak istiqamah . oleh itu barangsiapa yang bermimpi ia bergoyang-goyang ia bermakna murtad dan kesesatan setelah mendapat hidayat. *(Ali Imran : 144)
17- BERDIAM DIRI DI MASJID ( IKTIKAF)
makna mimpi berdiam diri adalah mengikut keadaannya. apabila bermimpi berdiam diri di masjid , mkaa ia bermakna kebaikan, ketaqwaan dan kedamaian.
adapun bermimpi berdiam diri di luar masjid seperti di gereja, maka bermakna akan terus menerus melakukan maksiat dan perbuatan keji.
bermimpi berdiam diri di klinik, maka ia bermakna sakit akan sembuh dan apabila bermimpi berdiam diri di tengah-tengah pasar , maka ia bermakna mencari rezeki. *( Al-Baqarah:125)
18- BENIH
benih adalah produk dari perkebunan , ternakan dan manusia . benih manusia adalah anak-anaknya kerana mereka adalah buahnya. oleh itu, penafsirannya mimpi mengikut keadaan dalam mimpi . barangsiapa yang bermimpi bahawa sesungguhnya benihnya berbenih ditanam, maka sesungguhnya ia bermakna anak yang soleh dan lelaki yang soleh. *(Al-Furqan: 54)
19- BERSURAI
bermimpi bersurai di tengah-tengah jalan dan di jalan tersebut dalam keadaan gelap sedangkan manusia ada dalamnya dengan penuh batu-batu merata-rata, maka ia bermakna fitnah dan ia tidak akan berjaya. apabila dalam mimpinya dia dapat lepas dari jalan tersebut, maka maknanya akan selamat. *(Al-Qasas :50)
20- BELAJAR
Makna mimpi belajar penafsirannya mengikut ilmu yang dipelajarinya, jika bermimpi belajar ilmu-ilmu syariat, maka ia bermakna mereka selalu berharap kepada ALLAH dan mereka adalah tergolong orang-orang yang soleh dan taqwa. *(Fathir:28)

Maaf Jika tafsiran mimpi anda tiada sini

No comments:

Post a Comment

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List