Tuesday, 12 March 2013

Tafsiran Mimpi 'A'


1 - AHLI FIQIH
pakar dibidang Fiqih ianya menunjukkan lambang ilmu, kebaikan dan kemaslahatan ummat. oleh itu barangsiapa yang bermimpi berjumpa ahli Fiqih yang diakui (seperti Imam Syaf'i, Imam Malik, Imam hanafi, Ahmad dan lain-lain) maka ia bermakna akan mendapat kesenangan iaitu mendapat ilmu dan kedudukan yang mulia.   * (Al-An'am :65)
2 - ARNAB
Arnab adalah haiwan yang penakut dan ia menunjukkan lambang wanita. Oleh itu sekiranya anda bermimpi menangkap arnab, maka ia bermakna anda akan mendapatkan jodoh, adapun sekiranya anda bermimpi menyembelih arnab itu bermakna anda akan menceraikan isteri atau isteri akan mati. maka ia bermakna rezeki atau terpenuhinya hutang atau akan mendapat keselesaan dan mendapat harta yang banyak.    *(Al-Ankabut :6)
3 - ARAK
arak adalah pangkal kekejian, oleh itu barangsiapa yang bermimpi meminum arak , maka itu bermakna kejelekan atau kejahatan, kecuali apabila anda bermimpi minum arak di dalam syurga.apabila anda minum arak di tempat selain syurga, maka ia suatu kerugian dan perbuatan keji, kerugian dari segi harta , anak dan menunjukkan segala kejahatan dan kesakitan.      *(Al-Maidah :90)
 4 - ARANG API
Arang adalah berasal dr api atau sumber api dan asap. oleh itu ia menunjukkan kejahatan  dan fitnah . barangsiapa yang bermimpi melihat arang api , maka hendaklah berhati-hati khususnya terhadap lelaki yang hitam hatinya atau juga berhati-hati bila masa hal itu akan menjadi  fitnah.    *(Ali Imran :106)
5-  AIR BATU
Bermimpi air batu itu mengandungi "menggunakannya atau keadaannya air batu atau juga bekas air bati itu." oleh itu apabila diturunkan air batu saat ia diperlukan maka ia adalah kebaikan, disucikan dosanya dan kotorannya , diampuni dosannya. apabila air batu itu turun pada musim sejuk , maia itu bermakna penyakit atau dugaan . barangsiapa yang bermimpi bermain di ats air, maka ia menunjukkan harta dan kekayaan yang tersimpan bagi orang yg bermain tersebut.     *(Al-Anbiya':69)
6 - AIR MATA
Makna mimpi air mata adalah tertakluk kepada keadaan yg menangis. apabila bermimpi keluar air mata ketika sembahyang atau membaca Al-quran, maka ia menunjukkan kebaikan dan kebahagiaan dn apabila bermimpi keluar air mata di saat jahat dan dalam keadaan buruk , maka ia bermakna pengkhianatan.     *(Maryam:58)
7 - AIR RAKSA
Air raksa ia menyebabkan kebingungan, kemudharatan dan mengandungi racun. oleh itu barangsiapa yang bermimpi bermain air raksa atau menguji dalam makmal, maka ia menunjukkan hamba harta yang bingung dan barangsiapa yang bermimpi minum air raksa , maka hendaklah berhati-hati terhadap musuh , (kerana musuh-musuh akan memberikan mudharat).             *(Al-An'am :65)
8- AIR
Air bermakna kehidupan, ilmu, kesucian dan kebersihan . Barangsiapa yang bermimpi minum air, ia bermakna akan mendapat apa yg dinginkan dan apabila bermimpi mandi air, maka bermakna ia kan disucikan dosanya dan sembuhkan sakitnya. barangsiapa yg bermimpi melihat iar melimpah, maka ia bermakna akan berubah kehidupannya .air yg masuk dr tempat yg bukan tempatnya ia menunjukkan kemaksiatan dan masuknya air ke dalam bilik dan di salam ada org sakit yg tidak sempat minum atau mandi, maka ia  menunjukkan akn ada kematian.     *(Al-Anbiya':30)
9- ALAT MUZIK
Musik adalah permainan dan benda yang sia-sia dan bagi yang mendengarkan akan sesat dan menyesatkan . Oleh itu, barangsiapa yg bermimpi melihat alat muzik, maka ia bermakna kejelekan dan barangsiapa yg melakukan transaksi jual alat beli alat-alat musik seperti seruling , gitar dan lain-lain lagi maka, ia bermakna kerosakkan, baik yg membeli atau yg menjual.     *(Al-Baraqah : 9)
10 - ALAT PENIUP API
Alat peniup api adalah melambangkan keburukan , sebab ia adalah alat utk menyalakan api. Oleh itu, baransiapa yg bermimpi menggunakan alat peniup api utk perlombangan yg membawa manfaat, maka ia menunjukkan kebaikan, kekayaan , kekuatan. adapun bagi mereka yg bermimpi alat peniup api tanpa diambil mnfaat utk perlombangan, maka menunjukkan fitnah.     *(Al-Kahfi:96)
 11 - ANGKASA
Angkasa adalah tempat yg tinggi kadang2 juga (buruj) berfungsi sbgai benteng bagi manusia, akan tetapi semuanya boleh ditembusi oleh malaikat maut.maut bagi kita adalah perkara yg haq dan kematian adalah bertemu Allah. oleh itu, barangsiapa yg mimpi di dalam (buruq) angkasa, maka sesungguhnya ia akan mati dan barangsiapa yg mimpi dari buruj atau jatuh darinya, maka ia bermakna mereka akan selamat dari kematian mengejut.          *(Al-Nisa':78)
12 - ANCAMAN(UGUTAN)
ancaman atau ugutan adalah merupakan kezaliman, ugutan juga menimbulkan pergaduhan dan kerugian dan ugutan kepada manusia adalah perkara baik . oleh itu barangsiapa yg brmimpi mndapat ugutan, maka ia menunjukkan pihak yg menguggut adalah jenis manusia yg engkar, lacut dan meninggalkan fitnah dan hakim-hakim jahatlah yg menjadi pendamping mereka.           *(Al-Maidah:49)
13 - ANAK TANGGA
anak tangga merupakan alat utk mencapai tempat yg tinggi atau tempat yg rendah. oleh itu barangsiapa yg bermimpi melihat tangga yg kukuh indah dan bersih maka ia menunjukkan kemuliaan dan perbuatn baik. dan menaiki tangga bg pesakit adalah bermakna kematian, sedangkan turun tangga bermakna kejelekan. orang yg bermimpi meminda anak tangga bermkna kembali dari berpergian atau kembali dari tempatnya. anak tangga ada yg terdiri dari kayu dan juga aluminium. oleh itu barangsiapa yg bermimpi membawa anak tangga ia bermakna ada masalah  atau mereka akan tetap keadaan takabur atau sombong.        *(Al-An'am:35)
14 - ANAK LAKI-LAKI
Barangsiapa yg bermimpi melihat anak laki-laki dalam keadaan baik (sihat, ceria)maka ia bermakna khabar tentang kebaikan, kegembiraan dan kesenangan, iaitu brtambahnya harta benda dan luasnya rezeki. dan terkadang anak laki-laki mengandungi makna khabar akan datangnya harta dari harta pusaka.barangsiapa bermimpi anak laki-lakinya ia bermakna mendapat kemuliaan dari Allah dan akan mendapat menfaat dari harta yang baik.        *(An-Nisaa':176)
15 - ANGIN
angin kadang2 menjadi rahmat juga kadang2 menjadi azab(bencana). oleh itu apabila bermimpi angin, penafsirannya mengikut keadaan. jika anda bermimpi melihat angin atau terkena angin bersama orang-orang yg soleh, maka ia bermakna rahmat. tetapi sekiranya angin itu berhembus pada org2 fasiq dan munafiq maka ia brmakna bnncana dan siksaan yg dahsyat. apabila anda bermimpi angin berhembus d tgh2 medan peperangan, aka ia bermakna pertolongan Allah kpada hambanya yg beriman.        *(Al-Ahzab: 9)
16 - ANGIN PUTING BELIUNG
angin puting beliung yg dimaksudkan adalah angin yg berputar dn membawa pasir dan barangsiapa yg bermimpi melihat angin tersebut, mka ia bermakna fitnah dn bncana yg akan menimpa pada masyarakat yg berbuat zalim., kerana sesungguhnya kemarahan langit itu akan terkena pada mereka yg derhaka.    *(Al-Mukminun:77)
17 - ANGIN BENCANA (ANGIN TAUFAN)
angin adalah lambang kezaliman dan kegelapan serta kerosakan dan Allah trunkan angin taufan kpada umat-umat yg lacut dan ingkar kepada Allah. oleh itu, barangsiapa yg bermimpi melihat angin taufan menimpa pada suatu kaum, maka ia bermakna kerosakkan akan menimpa kaum tersebut . dan apabila anda bermimpi dapat menyelamatkan dari angin taufan , maka ia bermkna anda tergolong org2 yg soleh.        *(Al-Ankabut :14)
18 - ANGGUR
Anggur adalah sebahagian buah dari buah syurga dan barangsiapa yg bermimpi buah anggur, maka ia memberi makna kebaikan. barangsiapa yg bermimpi menanam buah anggur, maka ia bermakna mereka berusaha tentang kebaikan. barangsiapa yg bermimpi memetik buah anggur, maka ia adalah keselamatan utk kebaikan. dengan demikian setiap mimpi anggur adalah kebaikan dan khabar gembira tentang keagungan.         *(Al-Naba':31-32)
19 - ANGGUR KERING (KISMIS)
kismis adalah berasal dari anggur yg dikeringkan dan ia menunjukkan rezeki yg tersimpan atau ahli waris yg akan mendapat harta disebabkan kematian. oleh itu barangsiapa yg bermimpi kismis dengan berbagai warna dan bentuk adalah menyihatkan badan, keberkatan terhadap anak dan rezekinya.       *(Al-Anfal:70)
20 - ANJING
penafsirannya bermimpi anjing mengikut keadaan. sekiranya anda bermimpi melihat anjing mengonggong dan mahu menerkam, maka ia bermakna anda akan berhadapan dengan musuh yg jahat dn sekiranya anjing itu dapat menangkap seseorang dan dapat merobek pakaiannya, maka ia bermakna seseorang tersebut akan mendapat kehinaan. barangsiapa bermimpi digigit anjing,maka ia bermakna ai akan mendapat fitnah dan jelas kebanyakan bermimpi melihat anjing yg ganas ia bemakna musuh, kecuali apabila bermimpi berkahwin dengan anjing, maka ia bermakna ia akan mendapat kawan yg setia.       *(Al-A'raf:176)
21 - ANAK YATIM
Anak ytim adalah ank yg lemah dan memerlukan pertolongan dan pembelaan . oleh itu, barangsiapa yg bermimpi dirinya yatim, atau bermimpi melihat ank yatim yg sgt memerlukan pertolongan kpda ahli warisnya , maka ia bermkna anda harus ambil berat dn memberi pertolongan kpd ahli-ahli (keluarga) yg berbuat baik.        *(Taha:6-9)
22 - AKAR
akar adalah bahagian pokok yg paling penting sebab akar yg menancap ke dalam tanah dan memperkukuh pokok utuk tumbuh dan berbuah. oleh itu, barangsiapa yg bermimpi melihat akar yg baik, maka ia bermakna iman anda kukuh dan selalu beramal soleh, kecuali apabila anda bermimpi memotong akar, atau mengotori akar atau mncampakkan akar ke dalam api, maka ia membawa makna kerugian.        *(Ibrahim:24)
23 - ANTING-ANTING
anting2 bagi wanita adalah kebaikan, kerana ia adalah khusus perhiasan bg wanita2. adapun bagi lelaki adalah perlanggaran dan termasuk pakaian yg haram bg lelaki. oleh itu barangsiapa yg bermimpi wanita memakai anting2 adalah perkara yg tidak memberi isyarat yg tidak baik, tetapi jika apabila anda melihat lelaki memakai anting2 , maka ia bermkna tanda2 yg tidak baik.    *(An-Nur: 31)
24 - API
api adalah lambang kerosakan, ia dapat merosak dan memusnahkan harta bnda dalam sekelip mata dan api juga dapat menimbulkan kerosakan. api juga bermkna hawa nafsu. oleh itu, barangsiapa yg bermimpi melihat api adalah petanda yg tidak baik. oleh itu mintalah pertolongan kpda Allah agar selamat dri bahaya keganasan api.    *(Al-Kahfi:53)
25 - ALIS MATA
alis mata adalah bahagian dari kegelapan keindahan mata dan ia menjaga mata dari syaitan dan alis mata juga menandakan tetapnya iman. oleh itu barangsiapa yg bermimpi tidak mempunyai alis mata, maka ia bermakna buta hatinya dan buta penglihatannya. barangsiapa yg bermimpi alis mata warna putih, maka ia bermkna kesusahan, kesedihan dn kesakitan.   *(Ar-Rum:30)
26 - AYAM JANTAN
barangsiapa yg bermimpi suara ayam jantan yg merdu ia adalah tanda kebaikan, iaitu datangnya malaikat dan akan merasa lega setelah apabila berhadapan dengan kerupekan. dan barangsiapa yang bermimpi diterkam  ayam jantan, maka bermakna kejelekan dan menyembelih ayam jantan bermakna penghalang solat.bermimpi mempunyai banyak ayam jantan itu bermakna keturunannya yg lelaki kelak akan menjadi anak yg soleh. apabila bermimpi memakan ayam jantan yg asing (aneh) , maka harus hati-hati , sebab akan diikuti pencuri.                *(An-Nur:41)
27 - AYAM BETINA
ayam betina diibaratkan bagaikan wanita. oleh itu, barangsiapa yg bermimpi melihat ayam betina, maka bermakna ia kan mndapat rezeki di masa yg akan datang, dan barangsiapa yg bermimpi menyembelih ayam betina bermakna akan berkahwin gadis dan bermimpi memakan daging ayam betina bermakna akan mendapat rezeki yg menyenangkan berupa hadiah. bermimpi mempunyai banyak ayam betina mendapat kekayaan dan kedudukan, dan apabila bermimpi ayam betina bersuara, maka ia adalah fitnah dan kemarahan.      *(Al-Waqi'ah:21-22)
28 - AYUNAN
ayunan menunjukkan ketidaktetapan, selalu berubah-ubah dan dalam keadaan bahaya. oleh itu, barangsiapa yg bekerja utk membuat ayunan maka ia bermakna ia sedang berusaha ke jalan yg sesat dan ia menjadi org yg munafiq. bermimpi melihat ayunan dalam keadaan tenang dan tidak bergerak ia menunjukkan kebaikan.     *(An-Nisa':143)
29 - AURAT
aurat adalah perkara yang wajib ditutupi. oleh itu, bermimpi membuka aurat adalah menunjukkan perkara tidak baik. dan barangsiapa yg menutupi aurat seseorang , maka ia menunjukkan kebaikan dan dia tergolong orang yang soleh.   *(Al-Maidah:31)
30 - ATOM (BIJI)
atom atau benda-benda yg paling kecil bentuknya. barangsiapa ug bermimpi melihat atau mengetahui atom, maka ia bermakna mereka mengetahui hakikat sesuatu atau juga bermakna menunjukkan amal perubatan.  *(Al-Zalzalah:7-8)
31 - AWAN (MENDUNG)
Awan biasanya memberi khabar gembira sebab ianya akan menurunkan hujan. oleh itu barangsiapa yg bermimpi melihat awan, maka ia bermakna akan mendapat rahmat dan rezeki. apabila bermimpi melihat mendung bergumpal hitam pekat, maka ia bermakna kerupekan, keraguan, siksaan dan juga bermakna fitnah.bermimpi melihat awan yang selalu memayungi kepada seseorang, maka orang tersebut akan mendapat hikmah dan kekuasaan dan dia tergolong orang-orang yg soleh.      *(An-Nur:43)
32 - AWAN TIPIS
 apabila bermimpi awan tipis di atas orang islam, maka menunjukkan pertolongan dan khabar gembira mereka akan selawat dari kaum kafir dan apabila anda bermimpi awan itu di atas orang sakit, maka ia ia akan mati.                          *(Al-Baqarah:57)

No comments:

Post a Comment

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List