Monday, 18 March 2013

BERMIMPI MELIHAT PARA RASUL


BAB: 2
BERMIMPI MELIHAT PARA RASUL

1. Bermimpi melihat Nabi Musa (A.S.)

Saya mendengar Abu Bakar Ahmad bin Husain bin Mahram, berkata: “Saya mendengar Muqri berkata: Saya membeli seorang hamba sahaya. Saya kira dia itu orang Turki. Saya tidak memahami bahasanya dan dia pun tidak mengerti bahasa saya. Kebetulan ada tetangga kawan saya yang pandai menterjemahkan bahasanya.

“Pada suatu hari hamba sahaya saya itu tidur. Setelah bangun dari tidurnya, dia menangis dan menjerit. Dia berkata: “Wahai tuanku, ajarilah aku membaca fatihah!” Aku berkata dalam hatiku: “Kurang ajar budak ini, rupanya dia mengerti bahasaku tetapi dia tidak mahu bercakap denganku.” Kawan-kawanku dan tetanggaku berkumpul dan berkata kepadanya: “Mengapa engkau tiba-tiba mengerti bahasa tuanmu? Apakah selama ini engkau sengaja tidak mahu bercakap dengannya?”

Hamba sahaya itu berkata: “Saya bermimpi melihat seorang lelaki yang sedang marah dan ramai orang berjalan di belakangnya. Ketika saya tanya siapa lelaki itu, kata mereka lelaki itu adalah Nabi Musa a.s. Kemudian dating lagi lelaki yang lebih baik dari itu dan ramai pula pengikutnya. Saya tanya siapa lelaki itu. Kata mereka lelaki itu adalah Muhammad s.a.w. Saya terus masuk ke dalam barisan mereka. Ketua rombongan kami (Muhammad s.a.w) mendatangi pintu besar, iaitu pintu syurga. Beliau mengetuk pintu itu kemudian dibuka untuknya dan untuk rombongannya. Mereka semua masuk dan tinggallah saya bersama dua orang lagi perempuan. Kami ketuk lagi pintu itu dan dibuka untuk kami. Kemudian dikatakan kepada kami: “Siapa yang bagus bacaan fatihahnya boleh masuk.” Akhirnya tinggallah aku seorang. Tetapi akhirnya saya pun diajarinya. Saya mempelajarinya sekalipun rasanya cukup berat. Sebaik sahaja saya menghafalnya, saya pun terjaga.”

Tafsirnya:

Al- Ustaz Abu Sa’id berkata: “Bermimpi melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu peringatan. Dan melihat nabi itu ada dua kemungkinan. Pertama melihat hal atau keadaannya yang sebenar. Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia dan menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya. Ini menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan musibah yang diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolah-olah dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah atau menyalahi janji.”

Firman Allah:
“Maka (Kami lakukan terhadap meraka beberapa tindakan) disebabkan meraka melanggar perjanjian itu, dan kerana kekafiran mereka terhadap ayat-ayat Allah dan meraka membunuh nabi-nabi secara tidak hak.”
(An-Nisa’:155)
Demikianlah melihat nabi-nabi secara umum, sedangkan melihat nabi-nabi secara khusus atau sendiri-sendiri seperti berikut:

2. Bermimpi melihat Nabi Adam (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Adam a.s. atas keadaannya yang sebenar (keadaan yang dia ketahui berdasarkan cerita-cerita pent), maka dia akan menjadi pemimpin dan mempunyai kekuasaan yang luas, ertinya kalau dia orang yang layak menjadi pemimpin.

Firman Allah:
“Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

(Al-Baqarah:30)

Jika ada orang yang melihat bercakap-cakap dengannya maka dia akan mendapatkan ilmunya, sesuai dengan firman Allah:

“Dan dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya.”

(Al-Baqarah:31)

Menurut satu pendapat sesiapa yang melihat Adam dalam mimpinya maka dia akan terpedaya oleh sebahagian musuh-musuhnya. Tetapi tidak lama kemudian Allah swt melepasakannya. Jika dia melihat berubah warna dan keadaannya, maka menunjukkan bahawa dia kan berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Tetapi akhirnya dia akan kembali ke tempat itu juga. Dan sesiapa yang melihat anak Nabi Adam a.s. maka dia akan mendapatkan harta yang banyak, mendapat anak dan kehidupan yang bahagia.

3. Melihat Nabi Idris (A.S.)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Idris a.s., maka dia akan dimuliakan dengan menjadikannya orang yang warak, dan dia juga akan mendapat akhir hayat yang baik.

4. Melihat Nabi Nuh (A.S.)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Nuh a.s., maka panjang umurnya tetapi banyak dugaan yang dihadapinya dari pihak musuh-musuhnya. Tetapi akhirnya dia akan menang mengadap musuh-musuhnya dan dia termasuk orang yang banyak bersyukur. Firman Allah dalam surah al-Isra’ayat tiga yang sekira maksudnya : “Sesumgguhnya dia (Nuh) adalah hamba yang banyak bersyukur .” Di samping itu dia akan mengahwini perempuan yang rendah martabatnya kemudian melahirkan anak yang ramai.




5. Melihat Nabi Hud (A.S) dan Salih (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Hud a.s. akan banyak mendapat rintangan dari musuh-musuhnya dan mereka menzaliminya tetapi akhirnya dia akan dapat mengalahkan mereka.

6. Melihat Nabi Ibrahim (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Ibrahim a.s. dalam mimpinya, maka dia akan dapat mengerjakan haji Insya-Allah. Menurut satu pendapat dia akan mendapat cabaran yang cukup berat dari raja yang zalim. Tetapi akhirnya dia dapat mengalahkannya dan segala musuh-musuhnya. Allah S.W.T. juga akan memberikan nikmat yang banyak kepadanya dan akan menikahi wanita salihah. Ada yang mengatakan bermimpi melihat Nabi Ibrahim a.s. menandakan orang derhaka kepada ayahnya.

7. Melihat Nabi Ishak (A.S)

Sesiapa melihat Nabi Ishak a.s. dalam mimpinya, maka dia akan menerima banyak rintangan dari sebahagian pembesar dan kerabatnya sendiri. Tetapi kemudian Allah S.W.T. akan melapangkannya, memberikan kegembiraan dan kemuliaan dan juga memberitakan keturunannyaorang-orang salih penguasa. Ini kalau dia melihat Nabi Ishak a.s. dalam keadaan yang sempurna dan cantik. Dan kalau dia melihat dalam keadaan berubah keadaannya, maka dia akan menjadi buta, nauzu billahi minzalik.

8. Melihat Nabi Ismail (A.S )

Sesiapa yang melihat Nabi Ismail a.s. dalam mimpinya, maka dia akan membangun masjid atau turut membangunkannya. Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 127 yang marhumnya: “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersam Islam.” Menurut satu pendapat sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ismail a.s. akan menerima ujian iman dari ayahnya, kemudian Allah SWT meluluskannya dalam ujian itu.

9. Melihat Nabi Ya’qub (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ya’qub a.s. akan mendapat tentangan yang mendukacitakan dari sebahagian anak-anaknya. Tetapi akhirnya Allah SWT akan melapangkannya dan menjadikan mereka semua suka kepadanya.

10. Melihat Nabi Yusuf (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Yusuf a.s. dalam mimpinya akan terkena aniaya, akan dipenjara, jauh dari keluarganya dan dicampakkan ke hutan. Namun demikian setelah itu dia akan diberikan kuasa atau kerajaan dan tunduk kepada musuh-musuhnya.

Menurut hikayat asa orang yang bermimpi seolah-olah mendapatkan salah satu khuf Nabi Yusuf a.s. Setelah bangun dari tidurnya tiba-tiba menjadi orang yang pakar dalam menta’bir mimpi.

Menurut hikayat, Ibrahim bin Abdullah al-Karamaniy bermimpi seolah-olah Nabi Yusuf mencakapinya, kemudian dia pun berkata kepadanya: “Ajarlah saya apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu.” Maka Nabi Yusuf a.s. memakaikan kemejanya kepadanya. Setelah bangun dari tidurnya, tiba-tiba dia sudah pandai menta’bir mimpi.

Dari IbnuSirin, beliau berkata: “Saya bermimpi masuk ke dalam masjid jamik. Saya lihat di dalam masjid itu ada tiga orang yang sudah tua dan di samping mereka ada seorang pemuda yang kacak. Saya menanya pemuda itu: “Anda ini siapa?” Dia menjawab: “Saya Yusuf.” Saya tanya lagi: ‘Orang-orang tua itu siapa?’ Beliau menjawab: “Mereka adalah bapa-bapaku, iaitu Ibrahim, Ishak dan Ya’qub.” Saya kata lagi: “Tolong ajarkan kepadaku apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepadamu.” Beliau membuka mulutnya yang mulia itu dan berkata: “Lihatlah ! Apa yang anda lihat dalam mulutku? “Saya berkata: “Saya melihat lidahmu.” Beliau membuka mulutnya lagi dan bertanya apa yang saya lihat. Saya jawab: “Saya melihat langit-langitmu.” Beliau membuka mulutnya dan bertanya seperti sebelumnya. Saya jawab: “Saya melihat hatimu. “Saya pun bangun pada waktu pagi dan betul-betul ingat dan terbayang mimpiku itu. (Terbukti bahawa ibnu Sirin menjadi orang yang pakar dalam mentafsirkan mimpi).

11. Melihat Nabi Yunus (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Yunus a.s. bererti dia terburu-buru dalam urusan yang dia hadapi dan dia mendapat kesempitan tetapi akhirnya Allah SWT melapangkannya. Dengan perkataan lain orangnya mudah marah dan mudah memaafkan. Dan dia mempunyai urusan dengan kaum yang khianat kepadanya.

12. Melihat Nabi Syu’aib (A.S)

Orang yang melihat Nabi Syu’aib a.s. dalam mimpinya akan menjadi buta. Jika dia melihatnya dalam rupa yang lain, maka dia akan dihinakan oleh kaum yang hak dia ada di tangan mereka dan mereka menganianya. Terkadang mimpi seperti ini menunjukkan orangnya mempunyai anak perempuan.

13. Melihat Musa (A.S) dan Harun (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Musa a.s. dan Harun a.s. dalam mimpinya, atau melihat salah seorang mereka, maka ditangannyalah akan tumpas orang-orang yang suka memaksa dan menzalim. Kalau dia orang yang suka berperang, maka di tangannya akan hancur musuh-musuh itu.

Menurut riwayat, hamba sahaya Sa’idbin Musayyab bermimpi melihat Nabi Musa a.s. datang ke negeri Syam. Di tangannya ada tongkat dan beliau berjaln di atas air. Hamba sahaya itu menceritakan mimpinya kepada Sa’id bin Musayyab. Sa’id berkata : “Kalau benar mimpiku itu maka sesungguhnya telah mati Abdul Malik bin Marwan.” Ada orang yang bertanya kepadanya: “Dari mana engkau tahu?” Sa’id menjawab: “Kerana Allah SWT mengutus Nabi Musa adalah untuk menghancurkan orang-orang kuku besi. Setahu saya orang yang demikian sekarang tidak lain daripada Abdul Malik bin Marwan.” Rupanya Abdul Malik bin Marwan telah mati seperti yang dia katakan itu.

14. Melihat Nabi Ayyub (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ayyub a.s., maka Allah SWT akan menurunkan bala’kepadanya. Termasuk bala’ yang menimpa dirinya, hartanya, keluarganya dan anak-anaknya. Namun demikian Allah SWT akan mengembalikannya semua, bahkan melipat gandakannya.

Firman Allah:
“Dan kami berikan kepadanya (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula.”

(Sad:43)

15. Melihat Nabi Daud (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Daud a.s. maka dia akan menjadi raja dan mendapat kekuatan.

16. Melihat Nabi Sulaiman (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Sulaiman a.s. dalam mimpinya, maka dia akn menjadi raja dan mendapat ilmu. Kalau dia melihatnya dalam keadaan mati di atas mimbar atau katil, maka dia akan mati ketika menyandang jawatan khalifah, amir atau ketua dan lama orang baru mengetahui kematiannya. Menurut satu qaul, sesiapa yang melihat Nabi Sulaiman a.s. dalam mimpinya, akan tunduk kepadanya pemimpin dan musuh dan dia akan banyak bepergian.

17. Melihat Nabi Zakaria (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Zakaria a.s. dalam mimpinya akan mendapat anak yang takwa setelah tuanya.

18. Melihat Nabi Yahya (A.S)

Orang yang bermimpi melihat Nabi Yahya a.s. akan mendapat taufik dan dijadikan orang bertakwa.




19. Melihat Nabi Isa (A.S)

Orang yang bermimpi melihat Nabi Isa a.s. bererti dia adalah lelaki yang berkat, banyak kebaikannya, banyak musafir, diberikan ilmu-ilmu perubatan dan ilmu lainnya.

Daripada Musa Ja’far bin al-Rida, yang duterimanya dari ayahnya dan diterima ayahnya dari datuknya, katanya Hasan bin Ali berkata: “Saya melihat Isa bin Maryam r.a. dalam tidurku, lalu saya katakana: “Wahai ruh Allah, saya ingin mengukir cincinku, apa yang baik saya ukir atau saya tulis dalam cincin itu?” Nabi Isa a.s. menjawab: “Ukirlah di situ kalimat:”

Tiada Tuhan melainkan Allah, Raja yang Benar dan Nyata.

Jika engkau ukir begitu dan engkau pakai, maka hilanglah rasa kebingungan dan dukacita.

Ada yang mengatakan jiwa wanita yang sedang hamil bermimpi melihat Nabi Isa a.s., maka dia bakal melahirkan anak yang bijaksana. Sesiapa yang melihat Maryam binti Imran akan mendapat kemegahan dan pangkat serta tercapai segala kehendaknya. Jika yang bermimpi itu sedang hamil akan mendapat anak yang bijak, sebagaimana melihat Nabi Isa a.s.

Sesiapa yang melihat Denial al-Hakim, maka dia kan mendapat ilmu takwil mimpi dan dapat mengalahkan orang-orang zalim sekalipun sebelumnya dia terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Ada yang mengatakan dia kan menjadi amir atau menteri.

Menurut hikayat, Abu Abdullah al-Bahily bermimpi seolah-olah dia mendukung Denial, kemudian menyandarkannya di dinding, setelah itu memberi ucapan hormat kepadanya dan mencakapinya. Dia berkata kepadanya:” Bergembiralah, sesungguhnya enkau termasuk golongan pewaris para nabi.” Tiba-tiba dia menjadi imam dan menjadi ahli ta’bir mimpi.

20. Melihat Nabi Khidir (A.S)

Jika ada orang bermimpi melihat Nabi Khidir a.s. bererti akan suburlah tanah di kawasan itu dan akn muncul kemakmuran setelah sebelumnya tanahnya kering kontang. Itu juga menandakan munculnya keamanan setelah sebelumnya terjadi kekacauan yang menakutkan.

Kata sebahagian mereka sesiapa yang melihat sebahagian nabi-nabi memukulnya, maka dia akan mendapat keuntungan di dunia, sama ada keuntungan dalam bidang agama atau dunianya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dirinya berubah menjadi nabi tertentu (yang dikenal), maka dia akan mendapat cubaan sesuai dengan yang dialami oleh nabi berkenaan. Tetapi akhirnya dia menjadi menang dan Berjaya atau menjadi penyeru ke jalan Allah SWT.





21. Melihat Nabi Muhammad SWT

Dari Abu Hurairah, beliau berkata: “Saya mendengar Rasulullah SWT bersabda:

“Sesiapa yang melihat aku dalam mimpi, maka samalah dia melihatku ketika jaganya, kerana syaitan tidak sanggup membuat gambaranku.”

Kata Abu Salamah, Abu Qatadah berkata: “Rasulullah swt bersabda: “Sesiapa yang melihat aku, maka dia melihat yang benar.” Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah swt bersabda: “Sesiapa yang melihat aku dalam tidurnya, maka dia tidak masuk neraka.”

Dari Sa’id bin Qais, dari ayahnya, katanya Rasulullah SWT bersabda: “Tidak masuk neraka orang yang melihat aku dalam tidurnya.”

Penafsiran dan penyelesaian:

Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesungguhnya Allah SWT mengutus Muhammad saw sebagai rahmat untuk sekalian alam. Beruntunglah orang yang sempat melihatnya kemudian dia mengikutnya. Dan juga beruntunglah orang yang melihat beliau dalam tidurnya. Kerana jika yamg melihat beliau itu orang yang mempunyai hutang, maka dia akan dapat menyelesaikan hutangnya. Jika yang melihatnya itu orang yang berpenyakit akan sembuhlah penyakitnya. Jika yamg melihatnya itu orang yang sedang berperang akan menang dalam peperangan. Jika dia melihatnya dalam keadaan gembira, dia akan mengerjakan haji. Jika dilihat di kawasan yang kering akan suburlah kawasan itu. Jika dilihat seolah-olah beliau berada di negeri yang merajalela kezaliman, maka akan tegaklah keadilan. Jika dilihat di tempat yang kacau akan amanlah tempat itu.

Jika seseorang itu melihat meminum darahnya kerana cinta kepadanya, yakni di tempat yang sunyi, maka dia akan syahid atau mati dalam berjihad. Jika bermimpi meminum darahnya di tempat yang terang, menunjukkan orang munafik atau ada mencaci ahli bait Rasulullah saw atau turut membantu membunuh mereka.

Jika ada orang yang melihat Rasulullah saw berpenyakit, kemudian sembuh dari penyakitnya, bererti penduduk di tempat itu menjadi baik setelah sebelumnya membuat kerosakan.

Jika ada orang melihat Rasulullah saw sedang menaiki tunggangan, maka dia akan menziarahi kuburnya. Jika melihat beliau sedang berjalan kaki, maka orang yang bermimpi itu tetap dalam pendiriannya. Jika ada orang melihat beliau sedang azan di tempat yang hancur, maka tempat mereka itu akan menjadi makmur. Jika ada orang melihat Rasulullah saw saling memberi makan dengannya bererti merupakan amaran supaya dia mengeluarkan zakat hartanya. Jika ada orang melihat Rasulullah saw sudah wafat, bererti ada keluarganya yang akan mati. Jika ada orang melihat jenazah Rasulullah saw di satu tempat, maka akan tejadi bencana besar di tempat itu.

Kalau ada orang melihat turut mengiringi jenazah Rasulullah saw sampai ke perkuburan, bererti dia cenderung melakukan perkara bid’ah. Kalau ada orang yang bermimpi menziarahi kuburan Rasulullah saw, maka dia akan mendapat harta yang banyak.

Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia anak Rasulullah saw padahal dia bukan keturunan Baginda, bererti imannya ikhlas. Dan sebaliknya kalau ada orang melihat seolah-olah dia adalah ayah Rasulullah saw, maka itu menunjukkan kerapuhan agamanya serta kelemahan iman dan keyakinannya. Satu orang yang melihat Rasulullah saw dalam mimpinya, maka takwilnya bukan hanya berlaku kepadanya, tetapi kepada jemaah kaum Muslimin.

Menurut riwayat, Ummu al-Fadal berkata kepada Rasulullah saw, “Saya bermimpi melihat sebahagian anggota tubuhmu terputus, kemudian diletakkan di dalam bilikku.” Rasulullah saw menjawab: “Sungguh baik takwil mimpi itu. Insya Allah Fatimah r.a akan melahirkan seorang anak lelaki kemudian akan ditempatkan di dalam bilikmu.” Tidak lama kemudian Fatimah r.a. pun melahirkan Husain r.a. dan ditempatkan di bilik Ummu al-Fadal.

Menurut riwayat, ada seorang wanita berkata: “Ya Rasulullah, saya bermimpi melihat sebahagian organ tubuhmu berada dirumahku.” Rasulullah saw bersabda: “Fatimah akan melahirkan anak lelaki kemudian engkau akan menyusukannya.” Tidak lama kemudian Fatimah r.a. melahirkan Husain r.a. dan disusukan oleh wanita itu.

Jika ada melihat Rasulullah saw memberikan sesuatu yang disenangi kepadanya, atau memberikan makanan atau minuman, maka dia akan mendapatkan kebaikan sesuai dengan kadar yang diberikan Rasulullah saw kepadanya dalam mimpi itu.

Saya mendengar Abu Hasan, Ali bin Muhammad al-Baghdadiy, di dewan Ali bin Abu Talib, berkata: “Ibnu Taib al-Faqir berkata: “Saya pekak selama sepuluh tahun, kemudian saya pergi ke Madinah dan tidur di antara kubur dan mimbar Rasulullah saw dan saya berkata kepadanya: “Ya Rasulullah saw, engkau ada mengatakan: “Sesiapa yang mendoakan al-Wasilah (syurga) untu aku, maka berhaklah dia mendapatkan syafaatku.” Beliau berkata: “Mudah-mudahan Allah menyembuhkan penyakitmu ini. “Penyakit saya itu pun sembuh dengan sebab keberkatan dari Allah.”

Abdullah bin al-Jala’ berkata: “Saya memasuki kota Madinah sedangkan saya dalam keadaan miskin melarat. Saya pergi ke kuburan Rasulullah saw dan saya member salam kepadanya dan kepada dua orang sahabatnya. Kemudian saya berkata: “Ya Rasulullah, saya ini miskin dan saya adalah tetamumu. Kemudian saya pun tidur di samping kuburannya. Dalam tidur itu saya melihat Rasulullah saw datang menjumpai saya. Saya berdiri menyambutnya. Beliau menyodorkan roti kepada saya dan saya makan sebahagian. Ketika saya bangun dari tidur, di tangan saya masih ada sisa-sisa roti itu.”

Dari Abu al-Wafa al-Qari al-Harwa, katanya: “Saya bermimpi melihat Rasulullah saw di Farghanah tahun 360H. Ceritanya begini: Saya ada membaca Quran di hadapan sultan dan khalayak ramai. Ketika saya membaca Quran, mereka berborak-borak dan tidak mendengarkan ayat-ayat yang saya baca. Setelah selesai membaca, saya pun pulang ke rumah dalam keadaan dukacita. Maka saya tertidur. Dalam tidur itu saya melihat Rasulullah saw berubah wajahnyadan berkata: “Mengapa engkau membaca Quran, selalu kalam Allah SWT, di hadapan khalayak ramai yang sibuk becakap dan tidak mendengarkan ayat-ayat yang engkau baca?” Nanti engkau tidak akan membacanya lagi kecuali atas kehendak Allah.”

“Tiba-tiba saya terbangun dan tiba-tiba lidahku pun sudah kelu (bisu). Kalau saya ingin mengutarakan sesuatu, terpaksalah saya tulis. Setelah empat bulan lebih mengalami demikian, datang kepada saya orang alim dan orang yang pakar ta’bir. Mereka menyarankan supaya perkataan yang terakhir saya ucapkan menjelang tidur ialah (illa masyaallah) yang merupakan kalimat penafian.

“Setelah empat bulan lebih mengalami demikian, saya tidur lagi di tempat saya bermimpi dahulu. Saya bermimpi lagi melihat wajah Rasulullah saw berseri dan berkata kepadaku: “Engkau sudah taubat?” Saya jawab: “Ya, saya sudah taubat ya Rasulullah.” Beliau berkata: “Sesiapa yang bertaubat, Allah akan mengampuninya. Cuba keluarkan lidahmu.” Beliau pun mengusap lidahku dengan telunjuknya sambil berkata: “Jika engkau membaca Quran di hadapan orang ramai, maka hentikan bacaan sehingga mereka berhenti bercakap dan kembali mendengarkan bacaanmu.” Kemudian saya pun terbangun dan tiba-tiba lidahku sudah lembut dan saya dapat bercakap.”

Cerita dari Abu al-Wafa juga, katanya ada orang yang kaya yang berpenyaki. Pada satu malam dia bermimpi seolah-olah Rasulullah saw berkata kepadanya: “Kalau engkau ingin sembuh, maka ambil (la) dan (la). Setelah bangun dari tidurnya, dia menyuruh seseorang menjumpai Sufyan al-Tsauriy. Dia meminta tolong memisahkan kedua-dua kalimat (la) itu serta menerangkan ta’bir mimpinya. Sufyan al-Tsauriy berkata: (la walazzaitunata). Dalam Quran Allahtelah menyebutkannya dengan firman-Nya: (la syarkiyyata wala qarbiyyata). Itu mempunyai faedah untuk orang-orang kafir. Maka berubatlah dengan zaitun.” Allah SWT. memberikan kesembuhan kepadanya dengan berkat mengamalkan yang ditunjukkan serta diajarkan Rasulullah dalam mimpinya itu.”

Ibnu Sirin didatangi oleh seorang lelaki yang tidak kuat pegangan agamanya dan dia dalam keadaan runsing. Lelaki itu berkata: “Malam tadi saya bermimpi melihat kakiku ku letakkan di atas muka Rasulullah saw.” Ibnu Sirin bertanya: “Apakah engkau memakai khuf (kasut) ketika tidur?” Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidur tanpa menanggalkan khufnya. Ibnu Sirin berkata: “Buka kedua-dua khufmu itu.” Lelaki itu membukanya rupanya di bawah telapak kakinya ada wang dirham yang bertulis: “Muhammad Rasulullah saw.”

No comments:

Post a Comment

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List