Showing posts with label Indeks. Show all posts
Showing posts with label Indeks. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

Mimpi Yang Buruk

Mimpi adakalanya benar dan adakalanya hanya mainan tidur sahaja.Mimpi juga adakalanya menakutkan dan adakalanya tidak begitu;kadang-kadang macam cerita katun saja.Mimpi tersebut berlaku ketika seseorang itu hampir terlena ataupun tidur nyenyak.

Jika seseorang itu bermimpi yang menakutkan ketika dia hampir terlena maka akan lebih mudah terganggu kesihatannya ,sukar hendak tidur semula,badannya berpeluh dan perasaan takut akan menghantui dirinya.

Diantara mimpi yang menakutkan itu ialah melihat makhluk-makhluk halus yang rupa parasnya  menakutkan hendak mencekeknya atau membunuhnya. Mimpi seperti ini merupakan salah satu petanda perbuatan sihir. Mimpi seperti ini berlaku ketika sesesorang itu hampir terlena.

Ada juga seseorang itu bermimpi melihat keranda,melihat tanah perkuburan atau bermimpi melihat orang yang telah meninggal dunia melambai-lambai kearahnya. Mimpi seperti ini berlaku mungkin akibat  daripada kena badi orang yang meninggal dunia.,ataupun  mimpi binatang-binatang tertentu seperti ular ataupun ayam hutan yang menjelma dalam bentuk yang manggerunkan. Mimpi seperti besar kemungkinan akibat badi ayam atau ular yang dibunuhnya.

Ada juga yang bermimpi ketika tidur lena. Semuanya ini boleh mengganggu kesihatan.

Apabila mimpi yang menakutkan berlaku yang membawa kepada tidak keseimbangan kesihatan, ketenteraman dan fikiran maka hendaklah segera dirawat dan jangan dibiarkan begitu sahaja kerana ianya membawa kepada .akibat yang buruk

Monday, 18 March 2013

Mimpi Menurut Perspektif Islam


Tafsir Mimpi Menurut Perspektif Islam


Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, fikiran, perasaan, atau indra lain dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.

Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pengecualiannya adalah dalam mimpi yang disebut lucid dreaming.

Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahawa dia sedang bermimpi saat mimpi tersebut masih berlangsung, dan kadang-kadang mampu mengubah lingkungan dalam mimpinya serta mengendalikan beberapa aspek dalam mimpi tersebut.

Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Mimpi


Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :


1.Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.

2.Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.

3.Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.

4.Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian

1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3.Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

11.Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

12.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

13.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

14.Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

15.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

16.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

17.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

18.Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

19.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

20.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

21.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

22.Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

23.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.

24.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

25.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

26.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

27.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

28.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

29.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

30.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

31.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

32.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

33.Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

34.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

35.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

36.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

37.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

38.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar

39.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

40.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

41.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

42.Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

43.Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

44.Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

45.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

46.Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

47.Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

48.Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

49.Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

50.Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

51.Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

52.Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah SWT

53.Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

54.Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

55.Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

Sunday, 17 March 2013

Doa Agar Mudah Tidur



اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Keterangan & Petua Beramal
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni , dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya , lalu baginda saw mengajarnya doa di atas .
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni , Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan jampi yang diajar oleh Nabi saw itu .
Menurut pengarang buku Doa & Rawatan pesakit , doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air . Caranya iaitu , letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya . Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi .

Petua Dan Doa Menghindari Mimpi Buruk


Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) 

Keterangan & Petua Beramal

الرؤيا الصالحة من الله والحلم من الشياطين فإذا رأى أحدكم ما يجب
فلا يحدث به إلا من يحب الحديث


Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.
.
Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:
a) Meludah ke kirinya, tiga kali
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .
.
Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :
1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.
.
Sumber : Ust. Zahazan Mohamad ( facebook )

Tuesday, 12 March 2013

Amalan mimpi bertemu Rasul


Pada malam Jumaat setelah solat Maghrib bacalah Surat Al Qadr 1000 X.


Selanjutnya solat dua rakaat.
Pada rakaat pertama dan kedua setelah membaca Surat Al Fatihah,
baca surat Al Fatihah lagi 15 X dan Ayat Kursi 15 X.
Setelah sholat, membaca salawat 7 kali: Shallaallaahu alaa Muhammad.
 
As-Suhaili menerangkan :
jika bermimpi bertemu nabi Muhammad s.a.w sedang kita berada di bumi yang kering, bumi itu akan subur, dan jika kita sedang berada di tempat musuh, kita akan menang, dan jika sedang berada dalam kedukaan, maka kedukaan itu akan hilang, jika kita dalam keadaan berhutang, hutang akan dapat terbayar, dan jika kita dalam tahanan, kita akan dilepaskan, jika kita dalam keadaan sakit, kita akan sembuh, dan jika kita dalam keadaan susah, kita akan mendapat kelapangan

Monday, 31 December 2012

Tafsir Mimpi Menurut Islam dan Barat


Tafsir mimpi menurut Islam:

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi
bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa
merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi
baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang
disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya
bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab,
"Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan
menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita
tersebut.
Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan
kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya
Allah.
Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan,
mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin
mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana
susahnya.
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya
menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang
dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil
dan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan
oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup
mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan
tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.


Tafsir mimpi menurut Barat:
Tafsir mimpi telah diamalkan sejak zaman Babilonia beribu-ribu tahun yang lalu. Aflatun, Aristu,
Cicero, Kitab Injil, Shakespeare, Goethe dan Napoleon percaya bahawa mimpi tertentu
meramalkan.
Manusia sudah mentafsirkan lambang dalam mimpinya menurut tamadun dan masyarakatnya.
Tidak ada apa pun yang memuncul dalam mimpi secara kebetulan, tiap gambaran adalah lambang
yang dihargai yang merujuk kepada kehidupan anda dan fikiran yang paling dalaman anda.
Biasanya bahagian yang paling mengelirukan adalah juga bahagian yang paling penting untuk
memahami.
Mimpi ada tiga macam:
1. Mimpi jasmaniah. Mimpi ini tidak penting dan disebabkan oleh fikiran yang bangun
dan bimbang, demam, ramuan ubat dan dadah, penyakit. Mimpi ini tidak
meramalkan.
2. Mimpi subjektif yang berdasarkan pandangan sendiri. Mimpi ini penuh lambang
dan meramalkan, walau bagaimana pun makna betul tersembunyi di lambang dan
kias.
3. Mimpi rohaniah. Mimpi ini dilaksanakan oleh roh sendiri dan meramalkan.
Mimpi boleh melebih-lebihkan. Semua mimpi bukan menggembirakan atau meramalkan. Mimpi
ngeri boleh meninggalkan tanggapan tahan lama yang menakutkan. Bila tertidur, fikiran taakulan
tidak aktif, jadi fikiran mimpi melebih-lebihkan dan mengherotkan gambaran dalam mimpi
sehingga merangsang atau menakutkan.
Mimpi-mimpi ngeri:
Jangan khuatir jika anda bermimpi ngeri. Mimpi-mimpi begitu biasanya hanya membesar-besarkan
situasi yang anda sedang alami atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya
mencerminkan sesuatu yang ada kena-mengena dengan situasi di masa lampau/masa kini atau
bakal kejadian tersebut akan terjadi. Malah oleh kerana anda sudah ditunjukkan adanya
situasi/kejadian yang negatif tersebut dalam mimpi anda maka kesannya tidak akan menjadi begitu
kuat bagi anda. Sudah tentu elemen kejutan itu akan lebih kurang. Jadi janganlah anda risau jika
mimpi ngeri anda itu sangat menakutkan.

Tafsir Mimpi


Tafsir Mimpi Menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah

Ustadz Abu Sa’ad al-Wa’izh berkata, “Pada prinsipnya mimpi yang baik itu bersumber dari
aneka amal yang benar dan mengingatkan akan aneka akibat dari berbagai urusan. Dari mimpi yang
baik itu muncullah aneka perintah, larangan, berita gembira, dan peringatan. Dikatakan demikian
karena mimpi yang baik merupakan sisa dan bagian dari kenabian, bahkan ia merupakan satu dari dua
bagian kenabian, sebab ada nabi yang wahyunya berupa mimpi. Orang yang menerima wahyu
melalui mimpi disebut Nabi. Adapun orang yang menerima ucapan malaikat saat dia terjaga disebut
Rasul. Inilah yang membedakan antara nabi dan rasul.”
Abu Ali Hamid bin Muhammad bin Abdullah ar-Rafa` memberitahukan kepada kami, dari
Muhammad ibnul-Mughirah, dari Makki bin Ibrahim, dari Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin
Sirin, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,
“Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang
paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan
satu bagian dari 46 bagian kenabian. Mimpi ada tiga macam: mimpi yang baik sebagai berita
gembira dari Allah ‘azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan
mimpi sedih yang berasal dari setan. Jika salah seorang di antara kamu mengalami mimpi yang
tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian shalatlah.”
(Muttafaq ‘alaih)
Beliau bersabda,
“Aku menyukai mimpi ihwal rantai, tetapi tidak menyukai mimpi ihwal belenggu.” (Shahih al-
Jami’)
Rantai ditakwilkan dengan keteguhan pada agama.
Abu Abdullah al-Mahlabi dan Muhammad bin Ya’qub bin Yusuf menceritakan kepada kami
dari al-‘Abbas ibnul-Walid bin Mazid, dari ‘Uqbah bin ‘Alqamah al-Mu’arifi, dari al-Auza’i, dari
Yahya bin Abi Katsir, dari Abi Salamah bin Abdurrahman, dari ‘Ubadah ibnush-Shamit bahwa ia
bertanya kepada Rasulullah tentang ayat 63-63 surah Yunus, “Yaitu orang-orang yang beriman dan
mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan dalam
kehidupan di akhirat.” Maka, Rasulullah menjawab,
“Sungguh kamu telah menanyakan sesuatu kepadaku yang belum pernah ditanyakan oleh
seorang pun selainmu. Al-busyra ialah mimpi yang baik yang dialami oleh seseorang atau
dianugerahkan Allah kepadanya.” (As-Silsilah ash-Shahihah)
Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Hadits-hadits yang kami riwayatkan tersebut menunjukkan bahwa
mimpi itu memang sesuatu yang benar secara substansial dan bahwa mimpi itu memiliki ketentuan
dan dampak.”
Di antara dalil yang menunjukkan kebenaran mimpi ialah bahwa saat Ibrahim tidur, Allah
memperlihatkan kepadanya seolah-olah dia menyembelih putranya. Setelah bangun, dia pun
melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya saat tidur. Allah Ta’ala mengisahkan kejadian
tersebut,
“Maka tatkala anak itu mencapai kesanggupan berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim
berkata, ‘Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka,
pikirkanlah apa pendapatmu!’ Dia menjawab, ‘Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’” (ash-Shaaffat:
102)
Setelah Ibrahim a.s. memahami mimpinya dan berupaya melaksanakannya, lalu Allah
memberinya jalan keluar karena kasih-sayang-Nya, dia mengetahui bahwa mimpi itu merupakan
hukum. Demikian pula halnya dengan mimpi yang dialami Yusuf a.s., yang dikisahkan Allah dalam
Al-Qur`an sebagai kisah yang populer dan terkenal.
Abu Sa’id Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami dari Ali bin
Muhammad al-Waraq, dari Ahmad bin Muhammad bin Nashr, dari Yusuf bin Bilal, dariMuhammad
bin Marwan al-Kalbi, dari Abu Shalih, dari Ibnu Abbas bahwa Aisyah berkata, “Rasulullah terkena
sihir. Maka, beliau jatuh sakit, sehingga kami mengkhawatirkannya. Ketika beliau berada antara tidur
dan terjaga, tiba-tiba turun dua malaikat: yang satu berada di dekat kepala Rasulullah dan yang lain
berada di dekat kaki beliau. Malaikat yang berada dekat kepala berkata kepada malaikat yang berada
dekat kaki, ‘Mengapa dia sakit?’ Malaikat bertanya demikian supaya Nabi saw. memahami
persoalannya.
Temannya menjawab, ‘Terkena sihir.’
‘Siapa yang melakukannya?’
‘Lubaid bin A’sham, orang Yahudi.’
‘Di mana dia melakukannya?’
‘Di sumur Dzarwan.’
‘Bagaimana mengobatinya?’
‘Kirimlah orang ke sumur itu dan keringkan airnya. Jika tampak sebuah batu besar,
singkirkanlah karena di bawahnya terdapat tali busur yang berpintal sebelas dan diletakkan di dalam
kantong. Setelah itu bakarlah ia. Insya Allah dia sembuh. Jika dia menyuruh orang, hendaknya dia
mengeluarkan kantong itu.’”
Ibnu Abbas melanjutkan, “Nabi pun bangun dan beliau telah memahami apa yang dikatakan
kepadanya oleh malaikat. Beliau menyuruh ‘Ammar bin Yasir dan sekelompok sahabatnya ke sumur
tersebut yang airnya telah berubah seperti inai. Kemudian sumur itu dikeringkan. Setelah tampak batu
besar, ia pun digulingkan, dan tampaklah di bawahnya kantong yang berisikan tali busur bersimpul
sebelas. Kemudian mereka membawanya kepada Rasulullah. Maka, turunlah surah al-Falaq dan surah
an-Naas. Kedua surah ini berjumlah 11 ayat dan sama dengan banyaknya buhul yang berjumlah 11
pula. Setiap kali beliau membaca satu ayat, lepaslah satu buhul. Setelah seluruh buhulnya terbuka,
Rasulullah dapat bangkit dan seolah-olah terlepas dari ikatan. Buhul itu pun dibakar. Nabi menyuruh
kita berlindung kepada Allah melalui kedua surah tersebut. Lubaid mengunjungi Rasulullah.
Meskipun beliau menceritakan kejadian di atas, pada wajah Lubaid tidak tampak perubahan apa pun.”
Hadits di atas menunjukkan kebenaran masalah mimpi dan keberadaannya di dalam banyak
hadits, sehingga terlampau panjang untuk menceritakannya.
Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Aku melihat bahwa ilmu itu terdiri atas beberapa jenis, di
antaranya ada yang bermanfaat bagi dunia, tetapi tidak bermanfaat bagi agama; ada yang bermanfaat
bagi dunia dan agama. Ilmu tentang mimpi termasuk ilmu yang bermanfaat bagi dunia dan agama.
Kemudian aku shalat istikharah sebelum mengumpulkan apa yang berasal dari Allah dan menempuh
metode peringkasan seraya memohon pertolongan kepada-Nya dalam menyempurnakan apa yang
diridhai dan dicintai-Nya. Juga berlindung kepada-Nya dari ujian dan fitnah-Nya. Allahlah Pemilik
taufik. Cukuplah Dia bagi kami. Dia adalah sebaik-baik Pelindung.”
Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Orang perlu menegakkan tata kesopanan agar mimpinya mendekati
kebenaran. Di antara adab kesopanan itu ialah membiasakan diri berkata jujur. Nabi bersabda dalam
hadits muttafaq alaih, ‘Orang yang paling benar mimpinya ialah yang paling benar perkataannya.’”
Adab lainnya ialah tidur dengan punya wudhu. Abu Dzar berkata, “Kekasihku (Muhammad
saw.) memberikan tiga pesan kepadaku yang tidak pernah aku tinggalkan hingga mati. Yaitu, puasa
tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat shalat fajar, dan tidak tidur kecuali punya wudhu.” Demikian
yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim.
Adab lainnya ialah tidur dengan berbaring ke sisi kanan tubuh karena Nabi saw. menyukai
bagian kanan dalam segala hal. Diriwayatkan bahwa beliau tidur pada sisi kanan tubuhnya seraya
meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanan, lalu berdoa,
“Ya Allah, lindungilah aku dari azab-Mu pada saat Engkau mengumpulkan hamba-hamba-
Mu.” (HR Tirmidzi dan Abu Dawud)

Mimpi terbagi dua: mimpi yang benar dan yang batil. Mimpi yang benar ialah yang dialami
manusia tatkala kondisi psikologisnya seimbang dan keadaan cuaca sedang seperti ditandai oleh
bergoyangnya pepohonan hingga berjatuhannya dedaunan. Mimpi yang benar tidak didahului dengan
adanya pikiran dan keinginan akan sesuatu yang kemudian muncul dalam mimpi. Kebenaran mimpi
juga tidak ternodai oleh peristiwa junub dan haid.
Adapun mimpi yang batil ialah yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan, dan hasrat.
Mimpi demikian tidak dapat ditakwilkan. Demikian pula mimpi “basah” dan mimpi lain yang
mewajibkan mandi dikategorikan sebagai mimpi yang batil karena tidak mengandung makna. Sama
halnya dengan mimpi yang menakutkan dan menyedihkan karena berasal dari setan. Allah Ta’ala
berfirman,
“Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari setan, supaya orang-orang yang beriman
itu berduka cita, sedang pembicarana itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka,
kecuali dengan izin Allah dan kepada Allahlah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”
(al-Mujaadilah: 10)
Jika seseorang mengalami mimpi yang tidak disukai, disunnahkan melakukan lima
perbuatan. Yaitu, mengubah posisi tidur, meludah ke kiri sebanyak tiga kali, memohon perlindungan
kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk, bangun dan shalat, dan tidak menceritakan mimpinya
kepada siapa pun.
Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Pelaku mimpi hendaknya memelihara etika yang perlu dipegang
teguh dan memiliki batasan-batasan yang selayaknya tidak dilampaui. Demikian pula halnya dengan
pentakwil.”
Etika pelaku mimpi ialah, pertama, dia tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang hasud
sebagaimana dikatakan Ya’kub kepada Yusuf,
“Ayahnya berkata, ‘Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudarasaudaramu,
maka mereka akan membuat makar untuk membinasakanmu.’” (Yusuf: 5)
Kedua, jangan menceritakan mimpinya kepada orang yang bodoh. Nabi saw. bersabda,
“Janganlah kamu menceritakan mimpimu kecuali kepada orang yang dicintai atau kepada orang
yang pandai.”
Ketiga, janganlah menceritakan mimpi kecuali secara rahasia karena dia pun melihatnya
secara rahasia pula. Jangan menceritakannya kepada anak-anak dan wanita. Sebaiknya mimpi itu
diceritakan menjelang awal tahun dan pada pagi hari, bukan sesudah keduanya lewat.
Adapun etika pentakwil ialah sebagai berikut.
Pertama, jika saudaranya menceritakan mimpi kepadanya, maka katakanlah, “Aku kira
mimpi itu baik.”
Kedua, hendaknya menakwilkan mimpi dengan cara yang paling baik. Diriwayatkan bahwa
Nabi saw. bersabda, “Mimpi akan terjadi sebagaimana ia ditakwilkan.” Juga diriwayatkan bahwa
beliau bersabda, “Mimpi itu bagaikan kaki yang menggantung selama belum diungkapkan. Jika telah
diungkapkan, maka terjadilah.” Demikian yang disebut dalam as-Silsilah ash-Shahihah.
Ketiga, menyimak mimpi dengan baik, kemudian menjawab si penanya dengan jawaban
yang mudah dipahami.
Keempat, jangan tergesa-gesa menakwilkan mimpi. Lakukanlah dengan hati-hati.
Kelima, menyembunyikan mimpi dan tidak menyebarkannya sebab ia merupakan amanat.
Jangan menakwilkan mimpi ketika matahari terbit, ketika tergelincir, dan ketika terbenam.
Keenam, memperlakukan pelaku mimpi secara berbeda. Janganlah menakwilkan mimpi raja
seperti menakwilkan mimpi rakyat, sebab mimpi itu berbeda karena perbedaan kondisi pelakunya.
Ketujuh, merenungkan mimpi yang dikemukakan kepadanya. Jika mimpi itu baik, maka
takwilkanlah dan sampaikanlah kabar gembira kepada pelakunya sebelum mimpi itu ditakwilkan.
Jika mimpi itu buruk, maka janganlah menakwillkannya atau takwilkanlah bagian mimpi yang
takwilnya paling baik. Jika sebagian mimpi itu merupakan kebaikan dan sebagian lagi keburukan,
maka bandingkanlah keduanya, lalu ambillah mimpi yang paling tepat dan paling kuat pokoknya. Jika
pentakwil mengalami kesulitan, bertanyalah kepada pelaku mimpi ihwal namanya, lalu takwilkannya
berdasarkan namanya itu.

Paparan singkat ini cukup kaya bagi orang yang mau merenungkannya dan mencermati
maknanya. Kalaulah kami memaparkannya secara panjang lebar, niscaya menimbulkan kebosanan
dan kejemuan. Kami berharap kepada Allah Ta’ala kiranya buku ini bermanfaat bagi kita dan kiranya
Dia melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat, perut yang tidak pernah kenyang, nafsu yang
tidak mau tunduk, doa yang tidak diterima, tabiat yang menyeret kepada ketamakan, dan ketamakan
yang tidak pernah berakhir. Sesungguhnya Allah Ta’ala Mahakuasa atas segala yang dikehendaki-
Nya, serta Maha melakukan apa yang dituju-Nya. Cukuplah bagiku Allah. Dialah sebaik-baik
Pelindung

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List