Monday, 18 March 2013

BERMIMPI MENGHADAP ALLAH SWT


1. Bermimpi melihat Allah S.W.T

Tafsirnya:

Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: " sesiapa yang melihat seolah-olah berdiri di hadapan Allah swt dan Allah memandang kepadanya, maka itu menandakan mimpi itu mimpi rahmat jika orang berkenaan adalah orang yang saLIH. Tetapi adalah sebaliknya seandainya orang tersebut bukan orang sAlih, maka ia menandakan bahawa ianya sebagai peringatan dari Allah S.W.T.

BAB : 1

BERMIMPI MENGHADAP ALLAH SWT
1. Bermimpi seolah-olah terjadi kiamat
Abu Abdullah al- Tatariy berkata: “Saya melihat dalam mimpi seolah-olah terjadi kiamat. Saya lihat saya sudah berdiri dari kubur. Kepada saya diberikan tunggangan, kemudian saya pun menunggangnya. Kemudian saya diangkat ke langit. Tiba-tiba saya lihat di langit ada syurga. Saya bermaksud turun dari tunggangan saya, tetapi tiba-tiba saya mendengar suara: “Hai, bukan ini tempatmu.” Kemudian saya bersama tungganganku itu diangkat lagi ke langit-langit yang lain. Di setiap langit yang saya lalui ada syurga. Akhirnya saya sampai ke tempat yang paling tinggi, dan saya pun turun. Ketika bermaksud duduk, tiba-tiba saya mendengar suara: “Engkau duduk sebelum melihat Tuhanmu Allah Azza wa jalla? Saya pun cepat-cepat berdiri lagi. Mereka membawa saya keliling. Oh, tiba-tiba saya melihat Allah S.W.T. sedang berbincang bersama Nabi Adam a.s. Tatkala Adam melihat saya, maka beliau menyuruh saya duduk disebelah kanannya. Saya berkata kepada Allah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah memuliakan orang tua ini dengan keampunan-Mu.” Kemudian saya mendengar Allah berkata: “Berdirilah wahai Adam, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosamu.”

2. Bermimpi melihat Allah S.W.T
Anak saudara Basar bin Hars berkata:” Ada seorang lelaki mendatangi Basar dan berkata: Benarkah tuan Basar bin Hars?” Basar menjawab: “Benar.” Lelaki itu berkata: “Saya bermimpi melihat Allah S.W.T. berkata: “Jumpailah Basar dan katakan kepadanya: “Seandainya engkau sujud kepada-Ku (Allah) serta bersyukur kerana Aku yang sudah memasyhurkan namamu di sisi manusia.”

Tafsirnya:

Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau ynag bermimpi itu bukan orang salih, maka itu merupakan peringatan, berdasarkan firman Allah:

“Pada satu hari yang besar, iaitu ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam.”

(Al-Mutaffifin: 5-6)

Jika seseorang bermimpi munajat kepada Allah S.W.T., maka dia akan lebih dekat kepada-Nya dan dia disayangi masyarakat .
Firman Allah:

“Dan kami telah memanggilnya (Musa) dari sebelah kanan bukit Tur, dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami ketika dia munajat kepada Kami.”

(Maryam:52)

Begitu juga jika seseorang melihat sujud di hadapan Allah, sesuai dengan firman-Nya:

“Dan sujud serta dekatkanlah dirimu kepada Tuhan.”

(Al-‘Alaq:19)

Jika seseorang bermimpi melihat Allah S.W.T. mencakapinya dari balik pendinding, bererti dia menjalankan agamanya dengan baik serta menunaikan amanah dengan baik. Ini maksudnya kalau dia ada memegang amanah atau dia merupakan penguasa. Kalau dia melihat Allah S.W.T. mencakapinya secara langsung dan tanpa pendinding, bererti dia telah menyimpang dalam menjalankan agamanya. Kerana Allah S.W.T. ada berfirman:

“Dan tidak mungkin bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir.”

(Al-Syura:51)

Jika seseorang melihat dia dekat kepada Allah S.W.T. memuliakannya, mengampuni dosanya, telah menghisabnya dan memberikan khabar gembira kepadanya tetapi tidak jelas baginya keadaan dan sifat-sifat Allah S.W.T. itu, maka dia akan menjumpai Allah S.W.T. pada hari kiamat seperti dalam mimpinya itu.

Jika dia melihat Allah S.W.T. menjanjikan keampunan dan rahmat kepadanya, maka janji itu benar dan tidak perlu diragui kerana Allah S.W.T. tidak akan menyalahi janji-Nya. Tetapi dia mungkin akan menghadapi bala’ (cubaan) sebelum matinya.

Jika melihat seolah-olah Allah S.W.T. mengajari dan menasihatinya , maka dia akan berhenti melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah S.W.T., sesuai dengan firman-Nya:

“Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Bermimpi melihat Allah S.W.T. memberikan pakaian kepadanya bererti merupakan penyakit atau dukacita yang akan dihadapi. Namun demikian kita patut bersyukur jika mendapatkan mimpi seperti itu.

Menurut hikayat, ada seorang yang melihat seolah-olah Allah memberikan dua pakaian kepadanya, kemudian dia pun memakainya. Setelah bangun dari tidur, dia pergi menanyakannya kepada Ibnu Sirin. Ibnu Sirin berkata: “Bersiap-siaplah menerima cubaan dari Allah.” Tidak lama kemudian dia pun dipanggil menghadap Allah S.W.T. (mati).

Sesiapa yang melihat nur memancar kepadanya tetapi dia tidak sanggup menceritakan keadaannya yang sebenar, bererti tidak bermanfaat di tangannya apa yang ada dalam kehidupannya.

Jika dia melihat Allah S.W.T. menamakannya dengan namanya sendiri atau dengan nama orang lain, bererti darjatnya sudah ditinggikan. Jika dia melihat Allah S.W.T. memarahinya, bererti orang tuanya sedang marah kepadanya. Jika dia melihat kedua-dua orang tuanya memarahinya, bererti Allah S.W.T. memarahinya, berdasarkan firman Allah:

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu”
(Luqman:14)

Dan dalam hadis ada dikatakan: ”Keredhaan Allah S.W.T. seiring dengan keredhaan ibu bapa dan kemarahan-Nya juga seiring dengan kemarahan ibu bapa.”

Ada yang mengatakan sesiapa yang melihat seolah-olah Allah S.W.T. memarahinya, maka dia akan jatuh dari tempat yang tinggi, berdasarkan firman Allah:

“Dan sesiapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia.”
(Taha:81)

Sesiapa yang melihat dia jatuh dari dinding, jatuh dari langit atau dari gunung, bererti dia dimarahi Allah. Jika dia melihat dirinya sedang berada di hadapan Allah S.W.T., yakni di tempat yang dia ketahui, maka akan tegaklah keadilan di kawasan itu dan menjadi subur tanahnya. Akan lenyap dan kalah orang-orang zalim dan akan menang orang-orang yang dizalimi. Jika dia melihat seolah-olah melihat Kursi Allah S.W.T. maka dia akan mendapatkan nikmat dan rahmat-Nya. Jika dia melihat sebuah gambar, lalu dikatakan kepadanya: “Inilah Tuhanmu,” atau tidak ada orang yang mengatakan tetapi dia menyangka itu sebagai Tuhannya, lalu dia pun mengabdi dan sujud kepadanya, bererti dia sudah terjatuh kepada yang batil sekalipun menyangka yang dia kerjakan itu yan hak. Sesiapa yang bermimpi mencaci Allah S.W.T., bererti dia sudah kufur nikmat dan tidak redha kepada qada dan qadar-Nya.

Catatan:

Telah sabit dalam kitab-kitab hadis bahawa bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. adalah mumkin dan mimpinya benar, tetapi bermimpi melihat Allah S.W.T. sebagaimana yang disebutkan oleh Muhammad Ibnu Sirin, saya sangat meraguinya. Bagaimana mungkin dapat melihat Allah S.W.T. sedangkan para nabi pun tidak pernah melihat-Nya. Nabi Musa r.a. berdoa supaya diberi peluang melihat zat Allah S.W.T. tetapi permohonannya itu tidak dikabulkan Allah S.W.T.

Namun demikian bermimpi berada di hadapan Allah misalnya, tetapi tidak melihat zat-Nya, maka ini boeh diterima. Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan. Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment

Jom Baca

Meninggal, Keracunan Kenduri Kahwin, Yan Kedah
Posted On Tue Oct 01 2013

InfoSantai mengucapkan takziah dan amat bersimpati kepada keluarga mangsa.. Al-Fatihah 31 September - ...

SMS Ucapan Hari Raya
Posted On Wed Aug 07 2013

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua umat islam tak kira dimana jua anda berada. Sudah menj ...

Aksesori Lelaki Untuk Formal
Posted On Sat Jul 27 2013

Ramai yang tak mengetahui akan kepentingan memiliki ataupun mengenakan beberapa aksesori pada pakaian sam ...

..
Rawatan Alternatif Buka Salur Darah Tersumbat - takperlu pembedahan
Posted On Thu Dec 04 2014

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung - Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersu ...

Petua Hilangkan Gatal Sebab Ulat Bulu
Posted On Thu May 30 2013

Anak anak kalau dibiarkan bermain, macam-macam boleh terjadi. Ulat bulu pada mereka macam benda menark un ...

Tidurkan Bayi Tanpa Buaian, Cepat
Posted On Thu Sep 19 2013

Di bawah ini terdapat beberapa cara yang mudah untuk menidurkan bayi kita tanpa menggunakan buaian..pada ...

Langkah dan persediaan menghadapi banjir
Posted On Thu Dec 03 2015

Persediaan sebelum banjir Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. Pastikan sistem amaran ban ...

Tips Jaga Seluar Jeans Kegemaran Anda
Posted On Sat Dec 07 2013

Sekurang-kurangnya, setiap lelaki daripada anda pasti akan memiliki satu atau dua jeans sebagai seluar ...

Awas Taugeh Putih Berseri
Posted On Sun Dec 15 2013

Hati-Hati ! Jangan Beli Taugeh Yang Berwarna Putih ! Mesti ramai suka makan taugeh, kan? Nak pulak camp ...

..

Info Masakan

Resepi: SIZZLING YEE MEE
Posted On Fri Aug 02 2013

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang makan) 2-3 sanggul (gulung) yee mee 5 ulas bawang putih 5 biji cendawan shit ...

Petua Simpan Telur Tahan Lama
Posted On Wed Nov 26 2014

Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut ...

Onde-Onde (Buah Melaka)
Posted On Tue Nov 25 2014

Bahan-bahan: 3 cawan tepung pulut 3 sudu besar tepung gandum 1 1/2 cawan air atau secukupnya 1 - 2 kepi ...

..
Sambal Ikan Bilis Petai
Posted On Tue Nov 25 2014

Bahan untuk di kisar halus 10/11 tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus) 1 labu bawang besar di ...

Resepi Ayam Golek Popular Madu
Posted On Sat Dec 21 2013

Bahan-bahan: 1 ekor ayam 2 biji bawang merah | untuk merebus ½ sudu teh serbuk kunyit | “ 5 ulas bawa ...

Resepi: Sup Cendawan dan Roti Bawang Putih
Posted On Fri Jul 26 2013

Homemade mushroom soup dan garlic bread Bahan2 : Censawan shitakee direndam dan di dadu halus Cendaw ...

..

My Blog List