Tuesday, 10 February 2015

Jaga Lidah dan Pertuturan

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya.

Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu:

"Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"?

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".

Imam Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.


PENGAJARAN :

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat,negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

No comments:

Post a Comment

Jom Baca

Gempar: Kerani sekolah Mati di Bom
Posted On Mon Aug 12 2013

Apalah nak jadi dgn malaysia ni. Banyak kes bunuh sejak dua menjak ni. Lepas tembak, Main pakai/guna bom ...

..
Himpunan Kata-Kata Hikmat
Posted On Sun Jun 09 2013

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, bel ...

..

Info Masakan

resepi: Ikan Masak Kicap
Posted On Wed Jul 24 2013

Bahan-bahan ( 2-3 orang ) 1) 4 ekor ikan kembong/ikan selar kuning 2) 1/2 biji bawang besar* 3) 3 ula ...

RESEPI DAGING KAMBING MASAK KICAP
Posted On Thu Jul 02 2015

Bahan-bahanya : ● 500gm Daging Kambing dihiris2 ● 2 biji bawang besar – dikisar ● 4 ulas bawang putih – ...

Resepi Istimewa Ikan Bakar Portugis
Posted On Sat Dec 21 2013

BAHAN-BAHANNYA :-) 3 ekor ikan pari tuka (bersaiz 7 inci setiap seekor) 3 helai daun limau purut 4 cam ...

..
PUYUH MASAK MASAM MANIS
Posted On Tue Nov 25 2014

PUYUH MASAK MASAM MANIS Bahan-bahannya:- 3/4 ekor burung puyuh (perap dgn lada sulah, kunyit dan garam ...

Ayam Goreng Mentega
Posted On Thu May 08 2014

AYAM GORENG MENTEGA Bahan 1 ekor ayam potong kecil-kecil 2 sendok makan kecap asin 2 sendok makan sau ...

Kek buah kukus
Posted On Mon Aug 05 2013

Bahan-bahan 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter spt SCS) 350g gula pasir kas ...

..

My Blog List