Thursday, 19 February 2015

12 Keadaan Manusia Ketika Dibangkit Di Padang Mahsyar | Tazkirah

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3.Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6.Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir Seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9.Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika didunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11.Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak

12.Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

1 comment:

Jom Baca

..
..

Info Masakan

Resepi: Bubur Lambuk Kedah
Posted On Wed Jul 24 2013

..atau dikenali sebagai 'Kanji' di Kedah. Bahan: 2 pot beras 3 ulas bawang merah dimayang 2 ulas ba ...

RESEPI KUNG PAO CHICKEN
Posted On Thu Jan 09 2014

BAHAN-BAHAN YG DIPERLUKAN: - 6 tangkai cili kering. - 4 sudu besar kacang goreng yg telah siap - beli ...

Popia Nestum
Posted On Wed May 28 2014

Bahan-bahan ( 200 biji ) •1 bungkus kulit popia(50 helai) •1 1/2 cawan Nestum(perisa madu pun sedap)* • ...

..
NASI GORENG BUNGA KANTAN
Posted On Wed May 28 2014

Bahan-bahan ( 3-4 org ) • 3 mangkuk nasi • 3 s.b udang kering • 4 biji cili padi..nak pedas tambah lg. ...

Resepi: Ikan merah masak black paper
Posted On Fri Jul 26 2013

BAHAN2 : 1. ikan merah (tpulang nak gune ayam/daging atau ikan lain) 2. sedikit halia / 3 ulas bawang ...

Resepi: Ketam masak gulai nanas
Posted On Fri Jul 26 2013

Bahan2 Sekilogram ketam dibersihkan dan dibelah dua jika suka 3 sudu rempah kari ikan 1 cawan santa ...

..

My Blog List