Friday, 4 July 2014

Sesungguhnya ... Hidup dan Matiku hanyalah untukmu Allah

Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita.

Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

jangan bersedih

Wahai Hamba Ilahi,

Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..

Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini..

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.

No comments:

Post a Comment

Jom Baca

..
..

Info Masakan

Resepi Roti John
Posted On Thu Jun 11 2015

Bahan-Bahan: ● 2 buku roti hotdog ● 1 sudu besar daging cincang ● 1 labu bawang besar ● 1 sudu teh seas ...

Petua Hilangkan Tanda Hangus Pada Periuk
Posted On Wed Nov 26 2014

Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersi ...

Resepi: Puding karamel
Posted On Fri Jul 26 2013

Bahan Puding: 400ml susu segar/susu cair 5 sudu besar gula halus 3 biji telur 2 biji telur kuning es ...

..
UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API PedasTerangkat
Posted On Thu May 08 2014

bahan 6 ekor udang galah 4-5 biji bawang merah rose 3 biji bawang putih 1 bawang besar 3 biji cili api ...

Tempeyek / Rempeyek Johor
Posted On Mon Aug 05 2013

Bahan-bahan 250 gm tepung beras 50 gm tepung kanji kentang 2 sudu tepung sagu 300-400 ml santan cair 1 ...

Resepi: Ayam Goreng Berempah
Posted On Wed Jul 24 2013

Bahan-bahan: 1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan 5 ulas bawang putih** 2 biji bawang besar ...

..

My Blog List