Monday, 30 June 2014

Tazkirah - Kelebihan Bersujud, Menghayati Keindahan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah :
 - melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
 - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari! tempat asalnya.
 - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
 - melegakan sakit hernia.
 - mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
 - melegakan paru-paru daripada ketegangan.
 - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
 - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
 - meringankan bahagian pelvis.
 - memberi dorongan supaya mudah tidur.
 - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
 - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
 - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
 - mengurangkan kegemukan.
 - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
 - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
 -dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
 - dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
 -menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna

Yang penting bukannya memikirkan semua yang tersenarai diatas. Ianya sekadar pengetahuan. Rahsia semua perserakan solat hanya Allah yang tahu dan Maha Mengetahui. Kita wajib melakukan yang pekara hak milik Allah S.W.T. iaitu Solat 5 waktu sehari semalam.

No comments:

Post a Comment

Jom Baca

Legakan Bayi Kembung Perut
Posted On Thu May 08 2014

Bayi yang sering kembung perlu disendawakan setiap kali selepas menyusu agar udara yang terkumpul di da ...

Drama TV al-Hijrah - Walau Sedetik Cuma
Posted On Wed Jun 04 2014

Terbaru - Saksikan sebuah drama siri islamik terbaru berjudul WALAU SEDETIK CUMA akan muncul di kaca TV ...

..
..

Info Masakan

Petua: Mengelak Minyak Memercik
Posted On Wed Jul 24 2013

 Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggor ...

RESEPI SIAKAP TIGA RASA
Posted On Thu Jun 18 2015

Bahan-bahannya :● 1 ekor ikan siakap● 1 ulas bawang putih - ketuk/ mayang● 2 ulas bawang merah - mayang ...

Resepi: Mee Goreng Basah
Posted On Thu Aug 01 2013

Bahan-bahan ( 5 org makan ) 600g mee kuning 2 ekor sotong 6 ekor udang basah 3 pokok sawi 1 sudu besar ...

..
Resepi: Mee Sup
Posted On Fri Aug 02 2013

Bahan-bahan Mee Kuning (1 bungkus) 200gm daging lembut 10-15 ekor udang sederhana besar 1 kiub ayam ma ...

Resepi: Ayam Goreng Berempah
Posted On Wed Jul 24 2013

Bahan-bahan: 1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan 5 ulas bawang putih** 2 biji bawang besar ...

Pau Kacang Hitam
Posted On Wed May 28 2014

Bahan-bahan ( 15 biji ) --Doh-- • 500 gm tepung gandum • 1 1/2 sudu teh yis • 1/2 cawan gula pasir • 1/ ...

..

My Blog List