Thursday, 13 February 2014

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW:
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

3 comments:

Jom Baca

..
Urus Wayar Berserabut, cara jimat
Posted On Sat Nov 02 2013

Pening Kepala Wayar Belakang Televisyen (TV) ataupun Wayar Berselirat Belakang Laptop Jangan khuatir. J ...

..

Info Masakan

Nasi Beryani dan Dalca Johor
Posted On Mon Aug 05 2013

BAHAN-BAHAN: 4 cawan beras basmathi 4 cawan air 1 cawan susu cair 3 helai daun pandan - disimpul & ...

Hiasan Makanan Gubahan Epal Hello Kitty
Posted On Wed Nov 26 2014

Jom hias masakan anda supaya lebih menarik. Kita cuba cara hiasan yang pelik dan luar biasa sikit. Macam ...

Petua Simpan Telur Tahan Lama
Posted On Wed Nov 26 2014

Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut ...

..
RESEPI MEE JAWA
Posted On Thu Jun 18 2015

Bahan Kuah: ● Sedikit Udang Kering ● Segenggam kacang tanah (disangai) ● Cili padi (mengikut selera mas ...

RESEPI MEE KARI KERANG
Posted On Mon Jun 29 2015

Bahan -bahannya : ● 1 kg/paket mee kuning (celur dan toskan) ● Taugeh ● Bawang goreng ● 1 kg kerang ata ...

SPECIAL: KUEY TEOW LADNA
Posted On Tue Nov 25 2014

KUEY TEOW LADNA SPECIAL Bahan: 1 Paket Kuey Teow Sotong Udang 4 helai daun limau purut 2 sudu besar t ...

..

My Blog List