Monday, 18 March 2013

Mimpi Menurut Perspektif Islam


Tafsir Mimpi Menurut Perspektif Islam


Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, fikiran, perasaan, atau indra lain dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.

Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pengecualiannya adalah dalam mimpi yang disebut lucid dreaming.

Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahawa dia sedang bermimpi saat mimpi tersebut masih berlangsung, dan kadang-kadang mampu mengubah lingkungan dalam mimpinya serta mengendalikan beberapa aspek dalam mimpi tersebut.

Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Mimpi


Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :


1.Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.

2.Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.

3.Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.

4.Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian

1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3.Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

11.Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

12.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

13.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

14.Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

15.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

16.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

17.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

18.Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

19.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

20.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

21.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

22.Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

23.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.

24.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

25.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

26.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

27.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

28.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

29.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

30.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

31.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

32.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

33.Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

34.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

35.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

36.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

37.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

38.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar

39.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

40.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

41.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

42.Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

43.Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

44.Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

45.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

46.Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

47.Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

48.Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

49.Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

50.Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

51.Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

52.Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah SWT

53.Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

54.Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

55.Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

BERMIMPI MELIHAT PARA RASUL


BAB: 2
BERMIMPI MELIHAT PARA RASUL

1. Bermimpi melihat Nabi Musa (A.S.)

Saya mendengar Abu Bakar Ahmad bin Husain bin Mahram, berkata: “Saya mendengar Muqri berkata: Saya membeli seorang hamba sahaya. Saya kira dia itu orang Turki. Saya tidak memahami bahasanya dan dia pun tidak mengerti bahasa saya. Kebetulan ada tetangga kawan saya yang pandai menterjemahkan bahasanya.

“Pada suatu hari hamba sahaya saya itu tidur. Setelah bangun dari tidurnya, dia menangis dan menjerit. Dia berkata: “Wahai tuanku, ajarilah aku membaca fatihah!” Aku berkata dalam hatiku: “Kurang ajar budak ini, rupanya dia mengerti bahasaku tetapi dia tidak mahu bercakap denganku.” Kawan-kawanku dan tetanggaku berkumpul dan berkata kepadanya: “Mengapa engkau tiba-tiba mengerti bahasa tuanmu? Apakah selama ini engkau sengaja tidak mahu bercakap dengannya?”

Hamba sahaya itu berkata: “Saya bermimpi melihat seorang lelaki yang sedang marah dan ramai orang berjalan di belakangnya. Ketika saya tanya siapa lelaki itu, kata mereka lelaki itu adalah Nabi Musa a.s. Kemudian dating lagi lelaki yang lebih baik dari itu dan ramai pula pengikutnya. Saya tanya siapa lelaki itu. Kata mereka lelaki itu adalah Muhammad s.a.w. Saya terus masuk ke dalam barisan mereka. Ketua rombongan kami (Muhammad s.a.w) mendatangi pintu besar, iaitu pintu syurga. Beliau mengetuk pintu itu kemudian dibuka untuknya dan untuk rombongannya. Mereka semua masuk dan tinggallah saya bersama dua orang lagi perempuan. Kami ketuk lagi pintu itu dan dibuka untuk kami. Kemudian dikatakan kepada kami: “Siapa yang bagus bacaan fatihahnya boleh masuk.” Akhirnya tinggallah aku seorang. Tetapi akhirnya saya pun diajarinya. Saya mempelajarinya sekalipun rasanya cukup berat. Sebaik sahaja saya menghafalnya, saya pun terjaga.”

Tafsirnya:

Al- Ustaz Abu Sa’id berkata: “Bermimpi melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu peringatan. Dan melihat nabi itu ada dua kemungkinan. Pertama melihat hal atau keadaannya yang sebenar. Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia dan menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya. Ini menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan musibah yang diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolah-olah dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah atau menyalahi janji.”

Firman Allah:
“Maka (Kami lakukan terhadap meraka beberapa tindakan) disebabkan meraka melanggar perjanjian itu, dan kerana kekafiran mereka terhadap ayat-ayat Allah dan meraka membunuh nabi-nabi secara tidak hak.”
(An-Nisa’:155)
Demikianlah melihat nabi-nabi secara umum, sedangkan melihat nabi-nabi secara khusus atau sendiri-sendiri seperti berikut:

2. Bermimpi melihat Nabi Adam (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Adam a.s. atas keadaannya yang sebenar (keadaan yang dia ketahui berdasarkan cerita-cerita pent), maka dia akan menjadi pemimpin dan mempunyai kekuasaan yang luas, ertinya kalau dia orang yang layak menjadi pemimpin.

Firman Allah:
“Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

(Al-Baqarah:30)

Jika ada orang yang melihat bercakap-cakap dengannya maka dia akan mendapatkan ilmunya, sesuai dengan firman Allah:

“Dan dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya.”

(Al-Baqarah:31)

Menurut satu pendapat sesiapa yang melihat Adam dalam mimpinya maka dia akan terpedaya oleh sebahagian musuh-musuhnya. Tetapi tidak lama kemudian Allah swt melepasakannya. Jika dia melihat berubah warna dan keadaannya, maka menunjukkan bahawa dia kan berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Tetapi akhirnya dia akan kembali ke tempat itu juga. Dan sesiapa yang melihat anak Nabi Adam a.s. maka dia akan mendapatkan harta yang banyak, mendapat anak dan kehidupan yang bahagia.

3. Melihat Nabi Idris (A.S.)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Idris a.s., maka dia akan dimuliakan dengan menjadikannya orang yang warak, dan dia juga akan mendapat akhir hayat yang baik.

4. Melihat Nabi Nuh (A.S.)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Nuh a.s., maka panjang umurnya tetapi banyak dugaan yang dihadapinya dari pihak musuh-musuhnya. Tetapi akhirnya dia akan menang mengadap musuh-musuhnya dan dia termasuk orang yang banyak bersyukur. Firman Allah dalam surah al-Isra’ayat tiga yang sekira maksudnya : “Sesumgguhnya dia (Nuh) adalah hamba yang banyak bersyukur .” Di samping itu dia akan mengahwini perempuan yang rendah martabatnya kemudian melahirkan anak yang ramai.




5. Melihat Nabi Hud (A.S) dan Salih (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Hud a.s. akan banyak mendapat rintangan dari musuh-musuhnya dan mereka menzaliminya tetapi akhirnya dia akan dapat mengalahkan mereka.

6. Melihat Nabi Ibrahim (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Ibrahim a.s. dalam mimpinya, maka dia akan dapat mengerjakan haji Insya-Allah. Menurut satu pendapat dia akan mendapat cabaran yang cukup berat dari raja yang zalim. Tetapi akhirnya dia dapat mengalahkannya dan segala musuh-musuhnya. Allah S.W.T. juga akan memberikan nikmat yang banyak kepadanya dan akan menikahi wanita salihah. Ada yang mengatakan bermimpi melihat Nabi Ibrahim a.s. menandakan orang derhaka kepada ayahnya.

7. Melihat Nabi Ishak (A.S)

Sesiapa melihat Nabi Ishak a.s. dalam mimpinya, maka dia akan menerima banyak rintangan dari sebahagian pembesar dan kerabatnya sendiri. Tetapi kemudian Allah S.W.T. akan melapangkannya, memberikan kegembiraan dan kemuliaan dan juga memberitakan keturunannyaorang-orang salih penguasa. Ini kalau dia melihat Nabi Ishak a.s. dalam keadaan yang sempurna dan cantik. Dan kalau dia melihat dalam keadaan berubah keadaannya, maka dia akan menjadi buta, nauzu billahi minzalik.

8. Melihat Nabi Ismail (A.S )

Sesiapa yang melihat Nabi Ismail a.s. dalam mimpinya, maka dia akan membangun masjid atau turut membangunkannya. Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 127 yang marhumnya: “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersam Islam.” Menurut satu pendapat sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ismail a.s. akan menerima ujian iman dari ayahnya, kemudian Allah SWT meluluskannya dalam ujian itu.

9. Melihat Nabi Ya’qub (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ya’qub a.s. akan mendapat tentangan yang mendukacitakan dari sebahagian anak-anaknya. Tetapi akhirnya Allah SWT akan melapangkannya dan menjadikan mereka semua suka kepadanya.

10. Melihat Nabi Yusuf (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Yusuf a.s. dalam mimpinya akan terkena aniaya, akan dipenjara, jauh dari keluarganya dan dicampakkan ke hutan. Namun demikian setelah itu dia akan diberikan kuasa atau kerajaan dan tunduk kepada musuh-musuhnya.

Menurut hikayat asa orang yang bermimpi seolah-olah mendapatkan salah satu khuf Nabi Yusuf a.s. Setelah bangun dari tidurnya tiba-tiba menjadi orang yang pakar dalam menta’bir mimpi.

Menurut hikayat, Ibrahim bin Abdullah al-Karamaniy bermimpi seolah-olah Nabi Yusuf mencakapinya, kemudian dia pun berkata kepadanya: “Ajarlah saya apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu.” Maka Nabi Yusuf a.s. memakaikan kemejanya kepadanya. Setelah bangun dari tidurnya, tiba-tiba dia sudah pandai menta’bir mimpi.

Dari IbnuSirin, beliau berkata: “Saya bermimpi masuk ke dalam masjid jamik. Saya lihat di dalam masjid itu ada tiga orang yang sudah tua dan di samping mereka ada seorang pemuda yang kacak. Saya menanya pemuda itu: “Anda ini siapa?” Dia menjawab: “Saya Yusuf.” Saya tanya lagi: ‘Orang-orang tua itu siapa?’ Beliau menjawab: “Mereka adalah bapa-bapaku, iaitu Ibrahim, Ishak dan Ya’qub.” Saya kata lagi: “Tolong ajarkan kepadaku apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepadamu.” Beliau membuka mulutnya yang mulia itu dan berkata: “Lihatlah ! Apa yang anda lihat dalam mulutku? “Saya berkata: “Saya melihat lidahmu.” Beliau membuka mulutnya lagi dan bertanya apa yang saya lihat. Saya jawab: “Saya melihat langit-langitmu.” Beliau membuka mulutnya dan bertanya seperti sebelumnya. Saya jawab: “Saya melihat hatimu. “Saya pun bangun pada waktu pagi dan betul-betul ingat dan terbayang mimpiku itu. (Terbukti bahawa ibnu Sirin menjadi orang yang pakar dalam mentafsirkan mimpi).

11. Melihat Nabi Yunus (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Yunus a.s. bererti dia terburu-buru dalam urusan yang dia hadapi dan dia mendapat kesempitan tetapi akhirnya Allah SWT melapangkannya. Dengan perkataan lain orangnya mudah marah dan mudah memaafkan. Dan dia mempunyai urusan dengan kaum yang khianat kepadanya.

12. Melihat Nabi Syu’aib (A.S)

Orang yang melihat Nabi Syu’aib a.s. dalam mimpinya akan menjadi buta. Jika dia melihatnya dalam rupa yang lain, maka dia akan dihinakan oleh kaum yang hak dia ada di tangan mereka dan mereka menganianya. Terkadang mimpi seperti ini menunjukkan orangnya mempunyai anak perempuan.

13. Melihat Musa (A.S) dan Harun (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Musa a.s. dan Harun a.s. dalam mimpinya, atau melihat salah seorang mereka, maka ditangannyalah akan tumpas orang-orang yang suka memaksa dan menzalim. Kalau dia orang yang suka berperang, maka di tangannya akan hancur musuh-musuh itu.

Menurut riwayat, hamba sahaya Sa’idbin Musayyab bermimpi melihat Nabi Musa a.s. datang ke negeri Syam. Di tangannya ada tongkat dan beliau berjaln di atas air. Hamba sahaya itu menceritakan mimpinya kepada Sa’id bin Musayyab. Sa’id berkata : “Kalau benar mimpiku itu maka sesungguhnya telah mati Abdul Malik bin Marwan.” Ada orang yang bertanya kepadanya: “Dari mana engkau tahu?” Sa’id menjawab: “Kerana Allah SWT mengutus Nabi Musa adalah untuk menghancurkan orang-orang kuku besi. Setahu saya orang yang demikian sekarang tidak lain daripada Abdul Malik bin Marwan.” Rupanya Abdul Malik bin Marwan telah mati seperti yang dia katakan itu.

14. Melihat Nabi Ayyub (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ayyub a.s., maka Allah SWT akan menurunkan bala’kepadanya. Termasuk bala’ yang menimpa dirinya, hartanya, keluarganya dan anak-anaknya. Namun demikian Allah SWT akan mengembalikannya semua, bahkan melipat gandakannya.

Firman Allah:
“Dan kami berikan kepadanya (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula.”

(Sad:43)

15. Melihat Nabi Daud (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Daud a.s. maka dia akan menjadi raja dan mendapat kekuatan.

16. Melihat Nabi Sulaiman (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Sulaiman a.s. dalam mimpinya, maka dia akn menjadi raja dan mendapat ilmu. Kalau dia melihatnya dalam keadaan mati di atas mimbar atau katil, maka dia akan mati ketika menyandang jawatan khalifah, amir atau ketua dan lama orang baru mengetahui kematiannya. Menurut satu qaul, sesiapa yang melihat Nabi Sulaiman a.s. dalam mimpinya, akan tunduk kepadanya pemimpin dan musuh dan dia akan banyak bepergian.

17. Melihat Nabi Zakaria (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Zakaria a.s. dalam mimpinya akan mendapat anak yang takwa setelah tuanya.

18. Melihat Nabi Yahya (A.S)

Orang yang bermimpi melihat Nabi Yahya a.s. akan mendapat taufik dan dijadikan orang bertakwa.




19. Melihat Nabi Isa (A.S)

Orang yang bermimpi melihat Nabi Isa a.s. bererti dia adalah lelaki yang berkat, banyak kebaikannya, banyak musafir, diberikan ilmu-ilmu perubatan dan ilmu lainnya.

Daripada Musa Ja’far bin al-Rida, yang duterimanya dari ayahnya dan diterima ayahnya dari datuknya, katanya Hasan bin Ali berkata: “Saya melihat Isa bin Maryam r.a. dalam tidurku, lalu saya katakana: “Wahai ruh Allah, saya ingin mengukir cincinku, apa yang baik saya ukir atau saya tulis dalam cincin itu?” Nabi Isa a.s. menjawab: “Ukirlah di situ kalimat:”

Tiada Tuhan melainkan Allah, Raja yang Benar dan Nyata.

Jika engkau ukir begitu dan engkau pakai, maka hilanglah rasa kebingungan dan dukacita.

Ada yang mengatakan jiwa wanita yang sedang hamil bermimpi melihat Nabi Isa a.s., maka dia bakal melahirkan anak yang bijaksana. Sesiapa yang melihat Maryam binti Imran akan mendapat kemegahan dan pangkat serta tercapai segala kehendaknya. Jika yang bermimpi itu sedang hamil akan mendapat anak yang bijak, sebagaimana melihat Nabi Isa a.s.

Sesiapa yang melihat Denial al-Hakim, maka dia kan mendapat ilmu takwil mimpi dan dapat mengalahkan orang-orang zalim sekalipun sebelumnya dia terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Ada yang mengatakan dia kan menjadi amir atau menteri.

Menurut hikayat, Abu Abdullah al-Bahily bermimpi seolah-olah dia mendukung Denial, kemudian menyandarkannya di dinding, setelah itu memberi ucapan hormat kepadanya dan mencakapinya. Dia berkata kepadanya:” Bergembiralah, sesungguhnya enkau termasuk golongan pewaris para nabi.” Tiba-tiba dia menjadi imam dan menjadi ahli ta’bir mimpi.

20. Melihat Nabi Khidir (A.S)

Jika ada orang bermimpi melihat Nabi Khidir a.s. bererti akan suburlah tanah di kawasan itu dan akn muncul kemakmuran setelah sebelumnya tanahnya kering kontang. Itu juga menandakan munculnya keamanan setelah sebelumnya terjadi kekacauan yang menakutkan.

Kata sebahagian mereka sesiapa yang melihat sebahagian nabi-nabi memukulnya, maka dia akan mendapat keuntungan di dunia, sama ada keuntungan dalam bidang agama atau dunianya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dirinya berubah menjadi nabi tertentu (yang dikenal), maka dia akan mendapat cubaan sesuai dengan yang dialami oleh nabi berkenaan. Tetapi akhirnya dia menjadi menang dan Berjaya atau menjadi penyeru ke jalan Allah SWT.





21. Melihat Nabi Muhammad SWT

Dari Abu Hurairah, beliau berkata: “Saya mendengar Rasulullah SWT bersabda:

“Sesiapa yang melihat aku dalam mimpi, maka samalah dia melihatku ketika jaganya, kerana syaitan tidak sanggup membuat gambaranku.”

Kata Abu Salamah, Abu Qatadah berkata: “Rasulullah swt bersabda: “Sesiapa yang melihat aku, maka dia melihat yang benar.” Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah swt bersabda: “Sesiapa yang melihat aku dalam tidurnya, maka dia tidak masuk neraka.”

Dari Sa’id bin Qais, dari ayahnya, katanya Rasulullah SWT bersabda: “Tidak masuk neraka orang yang melihat aku dalam tidurnya.”

Penafsiran dan penyelesaian:

Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesungguhnya Allah SWT mengutus Muhammad saw sebagai rahmat untuk sekalian alam. Beruntunglah orang yang sempat melihatnya kemudian dia mengikutnya. Dan juga beruntunglah orang yang melihat beliau dalam tidurnya. Kerana jika yamg melihat beliau itu orang yang mempunyai hutang, maka dia akan dapat menyelesaikan hutangnya. Jika yang melihatnya itu orang yang berpenyakit akan sembuhlah penyakitnya. Jika yamg melihatnya itu orang yang sedang berperang akan menang dalam peperangan. Jika dia melihatnya dalam keadaan gembira, dia akan mengerjakan haji. Jika dilihat di kawasan yang kering akan suburlah kawasan itu. Jika dilihat seolah-olah beliau berada di negeri yang merajalela kezaliman, maka akan tegaklah keadilan. Jika dilihat di tempat yang kacau akan amanlah tempat itu.

Jika seseorang itu melihat meminum darahnya kerana cinta kepadanya, yakni di tempat yang sunyi, maka dia akan syahid atau mati dalam berjihad. Jika bermimpi meminum darahnya di tempat yang terang, menunjukkan orang munafik atau ada mencaci ahli bait Rasulullah saw atau turut membantu membunuh mereka.

Jika ada orang yang melihat Rasulullah saw berpenyakit, kemudian sembuh dari penyakitnya, bererti penduduk di tempat itu menjadi baik setelah sebelumnya membuat kerosakan.

Jika ada orang melihat Rasulullah saw sedang menaiki tunggangan, maka dia akan menziarahi kuburnya. Jika melihat beliau sedang berjalan kaki, maka orang yang bermimpi itu tetap dalam pendiriannya. Jika ada orang melihat beliau sedang azan di tempat yang hancur, maka tempat mereka itu akan menjadi makmur. Jika ada orang melihat Rasulullah saw saling memberi makan dengannya bererti merupakan amaran supaya dia mengeluarkan zakat hartanya. Jika ada orang melihat Rasulullah saw sudah wafat, bererti ada keluarganya yang akan mati. Jika ada orang melihat jenazah Rasulullah saw di satu tempat, maka akan tejadi bencana besar di tempat itu.

Kalau ada orang melihat turut mengiringi jenazah Rasulullah saw sampai ke perkuburan, bererti dia cenderung melakukan perkara bid’ah. Kalau ada orang yang bermimpi menziarahi kuburan Rasulullah saw, maka dia akan mendapat harta yang banyak.

Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia anak Rasulullah saw padahal dia bukan keturunan Baginda, bererti imannya ikhlas. Dan sebaliknya kalau ada orang melihat seolah-olah dia adalah ayah Rasulullah saw, maka itu menunjukkan kerapuhan agamanya serta kelemahan iman dan keyakinannya. Satu orang yang melihat Rasulullah saw dalam mimpinya, maka takwilnya bukan hanya berlaku kepadanya, tetapi kepada jemaah kaum Muslimin.

Menurut riwayat, Ummu al-Fadal berkata kepada Rasulullah saw, “Saya bermimpi melihat sebahagian anggota tubuhmu terputus, kemudian diletakkan di dalam bilikku.” Rasulullah saw menjawab: “Sungguh baik takwil mimpi itu. Insya Allah Fatimah r.a akan melahirkan seorang anak lelaki kemudian akan ditempatkan di dalam bilikmu.” Tidak lama kemudian Fatimah r.a. pun melahirkan Husain r.a. dan ditempatkan di bilik Ummu al-Fadal.

Menurut riwayat, ada seorang wanita berkata: “Ya Rasulullah, saya bermimpi melihat sebahagian organ tubuhmu berada dirumahku.” Rasulullah saw bersabda: “Fatimah akan melahirkan anak lelaki kemudian engkau akan menyusukannya.” Tidak lama kemudian Fatimah r.a. melahirkan Husain r.a. dan disusukan oleh wanita itu.

Jika ada melihat Rasulullah saw memberikan sesuatu yang disenangi kepadanya, atau memberikan makanan atau minuman, maka dia akan mendapatkan kebaikan sesuai dengan kadar yang diberikan Rasulullah saw kepadanya dalam mimpi itu.

Saya mendengar Abu Hasan, Ali bin Muhammad al-Baghdadiy, di dewan Ali bin Abu Talib, berkata: “Ibnu Taib al-Faqir berkata: “Saya pekak selama sepuluh tahun, kemudian saya pergi ke Madinah dan tidur di antara kubur dan mimbar Rasulullah saw dan saya berkata kepadanya: “Ya Rasulullah saw, engkau ada mengatakan: “Sesiapa yang mendoakan al-Wasilah (syurga) untu aku, maka berhaklah dia mendapatkan syafaatku.” Beliau berkata: “Mudah-mudahan Allah menyembuhkan penyakitmu ini. “Penyakit saya itu pun sembuh dengan sebab keberkatan dari Allah.”

Abdullah bin al-Jala’ berkata: “Saya memasuki kota Madinah sedangkan saya dalam keadaan miskin melarat. Saya pergi ke kuburan Rasulullah saw dan saya member salam kepadanya dan kepada dua orang sahabatnya. Kemudian saya berkata: “Ya Rasulullah, saya ini miskin dan saya adalah tetamumu. Kemudian saya pun tidur di samping kuburannya. Dalam tidur itu saya melihat Rasulullah saw datang menjumpai saya. Saya berdiri menyambutnya. Beliau menyodorkan roti kepada saya dan saya makan sebahagian. Ketika saya bangun dari tidur, di tangan saya masih ada sisa-sisa roti itu.”

Dari Abu al-Wafa al-Qari al-Harwa, katanya: “Saya bermimpi melihat Rasulullah saw di Farghanah tahun 360H. Ceritanya begini: Saya ada membaca Quran di hadapan sultan dan khalayak ramai. Ketika saya membaca Quran, mereka berborak-borak dan tidak mendengarkan ayat-ayat yang saya baca. Setelah selesai membaca, saya pun pulang ke rumah dalam keadaan dukacita. Maka saya tertidur. Dalam tidur itu saya melihat Rasulullah saw berubah wajahnyadan berkata: “Mengapa engkau membaca Quran, selalu kalam Allah SWT, di hadapan khalayak ramai yang sibuk becakap dan tidak mendengarkan ayat-ayat yang engkau baca?” Nanti engkau tidak akan membacanya lagi kecuali atas kehendak Allah.”

“Tiba-tiba saya terbangun dan tiba-tiba lidahku pun sudah kelu (bisu). Kalau saya ingin mengutarakan sesuatu, terpaksalah saya tulis. Setelah empat bulan lebih mengalami demikian, datang kepada saya orang alim dan orang yang pakar ta’bir. Mereka menyarankan supaya perkataan yang terakhir saya ucapkan menjelang tidur ialah (illa masyaallah) yang merupakan kalimat penafian.

“Setelah empat bulan lebih mengalami demikian, saya tidur lagi di tempat saya bermimpi dahulu. Saya bermimpi lagi melihat wajah Rasulullah saw berseri dan berkata kepadaku: “Engkau sudah taubat?” Saya jawab: “Ya, saya sudah taubat ya Rasulullah.” Beliau berkata: “Sesiapa yang bertaubat, Allah akan mengampuninya. Cuba keluarkan lidahmu.” Beliau pun mengusap lidahku dengan telunjuknya sambil berkata: “Jika engkau membaca Quran di hadapan orang ramai, maka hentikan bacaan sehingga mereka berhenti bercakap dan kembali mendengarkan bacaanmu.” Kemudian saya pun terbangun dan tiba-tiba lidahku sudah lembut dan saya dapat bercakap.”

Cerita dari Abu al-Wafa juga, katanya ada orang yang kaya yang berpenyaki. Pada satu malam dia bermimpi seolah-olah Rasulullah saw berkata kepadanya: “Kalau engkau ingin sembuh, maka ambil (la) dan (la). Setelah bangun dari tidurnya, dia menyuruh seseorang menjumpai Sufyan al-Tsauriy. Dia meminta tolong memisahkan kedua-dua kalimat (la) itu serta menerangkan ta’bir mimpinya. Sufyan al-Tsauriy berkata: (la walazzaitunata). Dalam Quran Allahtelah menyebutkannya dengan firman-Nya: (la syarkiyyata wala qarbiyyata). Itu mempunyai faedah untuk orang-orang kafir. Maka berubatlah dengan zaitun.” Allah SWT. memberikan kesembuhan kepadanya dengan berkat mengamalkan yang ditunjukkan serta diajarkan Rasulullah dalam mimpinya itu.”

Ibnu Sirin didatangi oleh seorang lelaki yang tidak kuat pegangan agamanya dan dia dalam keadaan runsing. Lelaki itu berkata: “Malam tadi saya bermimpi melihat kakiku ku letakkan di atas muka Rasulullah saw.” Ibnu Sirin bertanya: “Apakah engkau memakai khuf (kasut) ketika tidur?” Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidur tanpa menanggalkan khufnya. Ibnu Sirin berkata: “Buka kedua-dua khufmu itu.” Lelaki itu membukanya rupanya di bawah telapak kakinya ada wang dirham yang bertulis: “Muhammad Rasulullah saw.”

BERMIMPI MENGHADAP ALLAH SWT


1. Bermimpi melihat Allah S.W.T

Tafsirnya:

Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: " sesiapa yang melihat seolah-olah berdiri di hadapan Allah swt dan Allah memandang kepadanya, maka itu menandakan mimpi itu mimpi rahmat jika orang berkenaan adalah orang yang saLIH. Tetapi adalah sebaliknya seandainya orang tersebut bukan orang sAlih, maka ia menandakan bahawa ianya sebagai peringatan dari Allah S.W.T.

BAB : 1

BERMIMPI MENGHADAP ALLAH SWT
1. Bermimpi seolah-olah terjadi kiamat
Abu Abdullah al- Tatariy berkata: “Saya melihat dalam mimpi seolah-olah terjadi kiamat. Saya lihat saya sudah berdiri dari kubur. Kepada saya diberikan tunggangan, kemudian saya pun menunggangnya. Kemudian saya diangkat ke langit. Tiba-tiba saya lihat di langit ada syurga. Saya bermaksud turun dari tunggangan saya, tetapi tiba-tiba saya mendengar suara: “Hai, bukan ini tempatmu.” Kemudian saya bersama tungganganku itu diangkat lagi ke langit-langit yang lain. Di setiap langit yang saya lalui ada syurga. Akhirnya saya sampai ke tempat yang paling tinggi, dan saya pun turun. Ketika bermaksud duduk, tiba-tiba saya mendengar suara: “Engkau duduk sebelum melihat Tuhanmu Allah Azza wa jalla? Saya pun cepat-cepat berdiri lagi. Mereka membawa saya keliling. Oh, tiba-tiba saya melihat Allah S.W.T. sedang berbincang bersama Nabi Adam a.s. Tatkala Adam melihat saya, maka beliau menyuruh saya duduk disebelah kanannya. Saya berkata kepada Allah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah memuliakan orang tua ini dengan keampunan-Mu.” Kemudian saya mendengar Allah berkata: “Berdirilah wahai Adam, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosamu.”

2. Bermimpi melihat Allah S.W.T
Anak saudara Basar bin Hars berkata:” Ada seorang lelaki mendatangi Basar dan berkata: Benarkah tuan Basar bin Hars?” Basar menjawab: “Benar.” Lelaki itu berkata: “Saya bermimpi melihat Allah S.W.T. berkata: “Jumpailah Basar dan katakan kepadanya: “Seandainya engkau sujud kepada-Ku (Allah) serta bersyukur kerana Aku yang sudah memasyhurkan namamu di sisi manusia.”

Tafsirnya:

Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau ynag bermimpi itu bukan orang salih, maka itu merupakan peringatan, berdasarkan firman Allah:

“Pada satu hari yang besar, iaitu ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam.”

(Al-Mutaffifin: 5-6)

Jika seseorang bermimpi munajat kepada Allah S.W.T., maka dia akan lebih dekat kepada-Nya dan dia disayangi masyarakat .
Firman Allah:

“Dan kami telah memanggilnya (Musa) dari sebelah kanan bukit Tur, dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami ketika dia munajat kepada Kami.”

(Maryam:52)

Begitu juga jika seseorang melihat sujud di hadapan Allah, sesuai dengan firman-Nya:

“Dan sujud serta dekatkanlah dirimu kepada Tuhan.”

(Al-‘Alaq:19)

Jika seseorang bermimpi melihat Allah S.W.T. mencakapinya dari balik pendinding, bererti dia menjalankan agamanya dengan baik serta menunaikan amanah dengan baik. Ini maksudnya kalau dia ada memegang amanah atau dia merupakan penguasa. Kalau dia melihat Allah S.W.T. mencakapinya secara langsung dan tanpa pendinding, bererti dia telah menyimpang dalam menjalankan agamanya. Kerana Allah S.W.T. ada berfirman:

“Dan tidak mungkin bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir.”

(Al-Syura:51)

Jika seseorang melihat dia dekat kepada Allah S.W.T. memuliakannya, mengampuni dosanya, telah menghisabnya dan memberikan khabar gembira kepadanya tetapi tidak jelas baginya keadaan dan sifat-sifat Allah S.W.T. itu, maka dia akan menjumpai Allah S.W.T. pada hari kiamat seperti dalam mimpinya itu.

Jika dia melihat Allah S.W.T. menjanjikan keampunan dan rahmat kepadanya, maka janji itu benar dan tidak perlu diragui kerana Allah S.W.T. tidak akan menyalahi janji-Nya. Tetapi dia mungkin akan menghadapi bala’ (cubaan) sebelum matinya.

Jika melihat seolah-olah Allah S.W.T. mengajari dan menasihatinya , maka dia akan berhenti melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah S.W.T., sesuai dengan firman-Nya:

“Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Bermimpi melihat Allah S.W.T. memberikan pakaian kepadanya bererti merupakan penyakit atau dukacita yang akan dihadapi. Namun demikian kita patut bersyukur jika mendapatkan mimpi seperti itu.

Menurut hikayat, ada seorang yang melihat seolah-olah Allah memberikan dua pakaian kepadanya, kemudian dia pun memakainya. Setelah bangun dari tidur, dia pergi menanyakannya kepada Ibnu Sirin. Ibnu Sirin berkata: “Bersiap-siaplah menerima cubaan dari Allah.” Tidak lama kemudian dia pun dipanggil menghadap Allah S.W.T. (mati).

Sesiapa yang melihat nur memancar kepadanya tetapi dia tidak sanggup menceritakan keadaannya yang sebenar, bererti tidak bermanfaat di tangannya apa yang ada dalam kehidupannya.

Jika dia melihat Allah S.W.T. menamakannya dengan namanya sendiri atau dengan nama orang lain, bererti darjatnya sudah ditinggikan. Jika dia melihat Allah S.W.T. memarahinya, bererti orang tuanya sedang marah kepadanya. Jika dia melihat kedua-dua orang tuanya memarahinya, bererti Allah S.W.T. memarahinya, berdasarkan firman Allah:

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu”
(Luqman:14)

Dan dalam hadis ada dikatakan: ”Keredhaan Allah S.W.T. seiring dengan keredhaan ibu bapa dan kemarahan-Nya juga seiring dengan kemarahan ibu bapa.”

Ada yang mengatakan sesiapa yang melihat seolah-olah Allah S.W.T. memarahinya, maka dia akan jatuh dari tempat yang tinggi, berdasarkan firman Allah:

“Dan sesiapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia.”
(Taha:81)

Sesiapa yang melihat dia jatuh dari dinding, jatuh dari langit atau dari gunung, bererti dia dimarahi Allah. Jika dia melihat dirinya sedang berada di hadapan Allah S.W.T., yakni di tempat yang dia ketahui, maka akan tegaklah keadilan di kawasan itu dan menjadi subur tanahnya. Akan lenyap dan kalah orang-orang zalim dan akan menang orang-orang yang dizalimi. Jika dia melihat seolah-olah melihat Kursi Allah S.W.T. maka dia akan mendapatkan nikmat dan rahmat-Nya. Jika dia melihat sebuah gambar, lalu dikatakan kepadanya: “Inilah Tuhanmu,” atau tidak ada orang yang mengatakan tetapi dia menyangka itu sebagai Tuhannya, lalu dia pun mengabdi dan sujud kepadanya, bererti dia sudah terjatuh kepada yang batil sekalipun menyangka yang dia kerjakan itu yan hak. Sesiapa yang bermimpi mencaci Allah S.W.T., bererti dia sudah kufur nikmat dan tidak redha kepada qada dan qadar-Nya.

Catatan:

Telah sabit dalam kitab-kitab hadis bahawa bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. adalah mumkin dan mimpinya benar, tetapi bermimpi melihat Allah S.W.T. sebagaimana yang disebutkan oleh Muhammad Ibnu Sirin, saya sangat meraguinya. Bagaimana mungkin dapat melihat Allah S.W.T. sedangkan para nabi pun tidak pernah melihat-Nya. Nabi Musa r.a. berdoa supaya diberi peluang melihat zat Allah S.W.T. tetapi permohonannya itu tidak dikabulkan Allah S.W.T.

Namun demikian bermimpi berada di hadapan Allah misalnya, tetapi tidak melihat zat-Nya, maka ini boeh diterima. Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan. Wallahu A’lam.

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List