Sunday, 17 March 2013

Doa Agar Mudah Tidur



اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Keterangan & Petua Beramal
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni , dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya , lalu baginda saw mengajarnya doa di atas .
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni , Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan jampi yang diajar oleh Nabi saw itu .
Menurut pengarang buku Doa & Rawatan pesakit , doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air . Caranya iaitu , letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya . Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi .

Petua Dan Doa Menghindari Mimpi Buruk


Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) 

Keterangan & Petua Beramal

الرؤيا الصالحة من الله والحلم من الشياطين فإذا رأى أحدكم ما يجب
فلا يحدث به إلا من يحب الحديث


Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.
.
Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:
a) Meludah ke kirinya, tiga kali
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .
.
Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :
1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.
.
Sumber : Ust. Zahazan Mohamad ( facebook )

Tuesday, 12 March 2013

Tafsiran Mimpi 'C'


1- CAHAYA
Bermimpi cahaya terang adalah bermakna akan mendapat petunjuk kekuatan , kesempurnaan dan sumber segala kebaikan. *(Al-Baqarah:107)
2- CADAR
Bermimpi cadar ia bermakna kebaikan dan akan tercapai cita-citannya dengan penuh kemudahan dan keagungan serta akan mendapat pangkat.
mimpi cadar koyak atau terbakar atau kotor ia bermakna kesusahan dan bencana. *(Al-A'raf:31)
3-CANDU (POKOK)
Candu ialah bahan untuk dadah dan ganja dan dapat membius . bermimpi candu bermakna anda dalam keraguan dan kebimbangan.
oleh itu hendaklah anda bangkit dari rehat dan adna hendaklah serius atas perkara yanga akan memberi manfaaqt untuk anda , maka anda akan mendapat rezeki dan pertolongan Allah .
oleh itu yang terpenting bagi mereka yang bermimpi pokok candu adalah bertawakal kepada Allah *(Al-A'raf:157)
4- CECAIR (CAIRAN)
Bermimpi cairan seperti lemak, minyak dan cairan besi untuk sesuatu, maka ia bermakna rezeki, dan sekiranya cairan itu tersia-sia atau cairan itu berupa darah yang mengalir di tengah jalan , maka bermakna kerugian dan akan menjadi rintangan. *(Ar-Ra'd:17)
5- CATUR
catur adalah permainan yang saling membunuh , saling bertentangan dan saling tipu menipu dengan penuh muslihat. mimpi main catur adalah kejahatan, kerana alat permainannya adalah menyerupai patung. mimpi catur bermakna akan terjadinya keburukan. *(Al-A'raf:138)
6- CAWAN
bermimpi banyak cawan ia bermakna kebaikan dan akan mendapat kegembiraan. apabila bermimpi melihat cawan pecah, maka cepat-cepatlah mohon pertolongan Allah. *( Al-Zukhruf :71)
7- CEREK
Cerek adalah alat yang membantu anda untuk minum. mimpi cerek penafsirannya mengikut keadaan cerek tersebut.
apabila mimpi cerek cantik, baik dan sempurna , maka ia menunjukkan harta, keluarga dan keluhuran. mimpi cerek dalam keadaan kotor, maka bermakna pembantu anda akan khianat. jika mimpi cerek pecah , ia bermakna akan hilang harta, anak dan pekerjaan. (Al-Isra':84)

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List