Tuesday, 10 February 2015

Jaga Lidah dan Pertuturan

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya.

Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu:

"Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"?

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".

Imam Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.


PENGAJARAN :

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat,negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Thursday, 22 January 2015

Tazkirah Teladan

Assalamualaikum.. sedikit perkongsian ceramah Da'i Farhan semalam.

○ 3 Panggilan yang perlu disambut sepanjang hidup:
- Panggilan Azan
- Panggilan Haji
- Panggilan Ajal

○ Pandai macam mana pun kita dalam ilmu pengetahuan matematik, kita masih tidak dapat mengira jumlah dosa dan pahala.

○ Salah satu hati hendak khusyuk dalam Islam, Apabila dengar azan hatinya berbisik "Allah tengah panggil aku".

○ Salah satu cara hendak khusyuk dalam solat, haruslah khusyuk dahulu wuduknya.

○ Bila dilahirkan, kita diazankan tanpa solat. Bila dimatikan, kita disolatkan tanpa azan.

○ Bila hidup tak datang masjid, dah mati baru nak datang. Datang pun duduk depan Imam.

○ Kalimah masjid disebut sebanyak 27 kali di dalam Al Quran. Dan sebanyak 15 daripada itu dikhususkan dengan menyebut nama masjidnya.

○ Rukun wuduk ada 6, 4 kering dan 2 basah. Yang kering adalah Niat dan Tertib. Yang basah pula adalah muka, tangan, rambut dan kaki.

○ Bila kita nak telefon, tertinggal 1 digit agak mustahil untuk kita membuat panggilan. Begitu juga dengan solat, bila kita tertinggal 1 fardhu, akan terputus panggilan kita dengan Allah swt.

○ Solat itu macam kita online kat Facebook. Kita boleh luahkan rasa sedih dan doa.

○ Nak tahu keputusan perlawanan bola sepak, kita mestilah tengok minit ke 90, bukannya minit pertama. Begitu juga dengan kebaikan hidup seseorang. Kita haruslah tengok minit2 terakhirnya dan bukannya tengok minit2 permulan dan pertengahannya.

Waallahualam. Semoga bermanfaat. Insyaallah. Tolong sebar2kan untuk motivasi diri. Insyaallah. Alhamdulilah

Balasan Orang Meninggalkan Solat

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Perkara yang berkaitan dengan solat mesti diutamakan dalam kehidupan kita..Sekiranya solat tidak diterima,maka amalan lain juga tidak diterima..

Daripada Ali Bin Abi Tholib RA,Nabi SAW bersabda:
"Mana2 orang muslim yang meninggalkan solat,diwajahnya Allah tulis tidak dapat belas kasihan (rahmat) Allah"

Orang yang ada masalah,jika ada yang mengadu masalah kepada kita,maka tanyalah kepadanya,adakah solat fardhu cukup? Jika tidak cukup maka perbetulkan solat terlebih dahulu..Jika solat fardhunya cukup,maka kata padanya anggaplah ini satu ujian..

Waktu Solat ada 5
1.Waktu Fadhilah-Waktu ketika selepas azan sehingga 20minit selepas itu..
2.Waktu Ikhtiar-Waktu selepas 20minit waktu masuk sehingga sebelum 5 minit lagi waktu asar..
3.Waktu makhruh- 5 minit lagi masuknya waktu asar..
4.Waktu haram-Angkat takbir masuk waktu asar
5.Waktu uzur-pada solat jamak,lepas qosar dalam 3 minit untuk solat jamak takhir..

Satu fardhu tinggal solat fardhu,malaikat akan tulis namanya dipintu neraka..Orang yang rasa ada hutang solat maka Qodholah dengan segera..

Malaikat Jibril pernah turun berjumpa Nabi SAW membaca ayat 59 surah ke-19 Maryam
فخلف من بعدهم خلف أضا عواالصلٰوة واتبعوا السهوٰت فسوف يلقون غيا
"Maka datanglah sesudah mereka,pengganti yang jelek yang mensia2kan solat dan memperturutkan hawa nafsunya,maka mereka kelak akan menemui kesesatan"

Umat akhir zaman,disamping ramai yang tinggal solat,ramai juga yang solat tetapi diakhir waktu..

Orang yang tidak beramanah dengan perintah Allah,maka dia tidak beramanah juga dengan amanah yang diberi kepadanya..

Malaikat Jibril berkata kepada Nabi SAW,orang yang tidak solat Allah tidak akan terima:
1.Puasanya
2.Sedekahnya
3.Hajinya
4.Segala amalan yang lain

Orang yang tinggal solat,seluruh Kitab2 Taurat,Zabur,Injil dan Al Quran melaknatnya..

Orang yang tinggal solat sehari semalam 1000 laknat turun kepadanya,1000 kemarahan kepadanya,seluruh malaikat di langit maki kepadanya..Hina sungguh orang yang tinggal solat..

Mudah-mudahan apa yang dikongsi,sama2 kita ambik pengajaran untuk kita dan keluarga kita,supaya jaga akan ibadah yang wajib kepada kita iaitu SOLAT..

Petikan isi2 dari kuliah Ustaz Fawwaz semalam..:)

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List