DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR
1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
3.Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6.Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir Seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9.Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika didunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
11.Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak
12.Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.
Hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Mimpi yang baik itu adalah dari Allah dan mimpi yang buruk itu adalah dari gangguan syaitan". Oleh itu janganlah terpengaruh dengan mimpi tersebut. Dan Janganlah ianya dijadikan pegangan atau akidah. Adab dalam menghadapi mimpi ialah apabila mendapat mimpi yang baik maka berdoalah kepada Allah minta kebaikannya mimpi tersebut. - blog Tafsir erti, Takbir arti, makna mimpi
Thursday, 19 February 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jom Baca
.. | .. |
Info Masakan
.. | .. |
My Blog List
-
-
-
-
Tafsir Mimpi Tidur Anda - Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui Dan maha Bijaksana Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam ini adalah karangan asal Imam Ibnu Sirin. Mu...10 years ago
-
2 in One Clock and Welcome Widget - When your blog have too many flash gadget / widget, Its load longer and slower... Use this widget, Its contain digital clock, cute pictures, date, and welc...10 years ago
-
Add My Link, Blogwalking List - Post your link here. No spam please or it will be removed. I will put your site in my bloglist. Or You can comment to add your page to my bloglist comment ...10 years ago
-
Shrink-To-Fit Wash Suggestion - The general recommendation for rigid jeans is that you add two inches to each of your regular waist and leg measurements - your Levi's® jeans will shrink-...12 years ago
:(((
ReplyDeleteterima kasih share!