Tuesday, 10 June 2014

Mimpi Yang Buruk

Mimpi adakalanya benar dan adakalanya hanya mainan tidur sahaja.Mimpi juga adakalanya menakutkan dan adakalanya tidak begitu;kadang-kadang macam cerita katun saja.Mimpi tersebut berlaku ketika seseorang itu hampir terlena ataupun tidur nyenyak.

Jika seseorang itu bermimpi yang menakutkan ketika dia hampir terlena maka akan lebih mudah terganggu kesihatannya ,sukar hendak tidur semula,badannya berpeluh dan perasaan takut akan menghantui dirinya.

Diantara mimpi yang menakutkan itu ialah melihat makhluk-makhluk halus yang rupa parasnya  menakutkan hendak mencekeknya atau membunuhnya. Mimpi seperti ini merupakan salah satu petanda perbuatan sihir. Mimpi seperti ini berlaku ketika sesesorang itu hampir terlena.

Ada juga seseorang itu bermimpi melihat keranda,melihat tanah perkuburan atau bermimpi melihat orang yang telah meninggal dunia melambai-lambai kearahnya. Mimpi seperti ini berlaku mungkin akibat  daripada kena badi orang yang meninggal dunia.,ataupun  mimpi binatang-binatang tertentu seperti ular ataupun ayam hutan yang menjelma dalam bentuk yang manggerunkan. Mimpi seperti besar kemungkinan akibat badi ayam atau ular yang dibunuhnya.

Ada juga yang bermimpi ketika tidur lena. Semuanya ini boleh mengganggu kesihatan.

Apabila mimpi yang menakutkan berlaku yang membawa kepada tidak keseimbangan kesihatan, ketenteraman dan fikiran maka hendaklah segera dirawat dan jangan dibiarkan begitu sahaja kerana ianya membawa kepada .akibat yang buruk

No comments:

Post a Comment

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List