Thursday 13 February 2014

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW:
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sunday 9 February 2014

Erti Mimpi Alam Berkaitan Air, Laut, Telaga, Sungai, Tasik

MENYATAKAN LAUT ,SUNGAI DAN TELAGA DAN LAIN-LAIN

Jika mimpi melihat air sungai jernih,alamat bagi yang mimpi akan medapat ketenangan jiwa dan lepas dari pada kedukacitaan.

 Jika mimpi melihat air sungai butek (keruh),alamat akan bertapa

 Jika mimpi sungai kering airnya,alamat penduduj negeri akan menderita kesukaran.

 Jika melihat sungai airnya melimpah-limpah ,alamat di dalam negeri murah sandang pangan,rakyat hidup makmur.

 Jika mimp melihat lebah (tawon) bersarang di pinggir (dalam ) telaga,lalu jatuh kedalamnya,alamat bagi orang yang mimpi mendapat kemuliaan yang di dukung oleh orang banyak.

 Jika anda mimpi mandi di sungai,alamat anda akan mendapat keberkatan. 

Jika anda mimpi menyelam di suatu sungai dan air sungai itu sejuk rasanya,alamat anda akan Mendapat bahagia di dunia dan akhirat.

 Jika anda mimpi merasakan air laut berobah menjadi tawar,alamat anda selamat dari marabahaya

 Jika anda mimpi nik perahu atau naik kapal dan sebangsanya ,alamat anda akan terhindar dari marabahaya,dan mendapat untung.

 Jika anda mimpi melihat ombak laut naik kerumah anda ,alamat anda akan beristri.

 Jika anda mimpi air sungai hangat,alamat anda akan susah hati, tetapi hendaklah anda bersabar Karena hali yang demikian itu merupakan ujian hidup bagi anda.

 Jika anda mimpi minum susu dan baik air susunya,alamat anda akan jadi kepala atau anda akan Mendapat untung.

 Jika anda mimpi berwudhu,alamat anda akan bekerja dengan sempurna dan mendapat rahmat Allah SAW. Jika anda mimpi minum air zam-zam ,alamat anda akan mendapat kesejateraan dunia dan akhirat Demikian pula jika anda mimpi minum air telaga Alkausar. Jika anda mimpi melihat air sungai bolak-balik,hilir mudik,alamat anda akan mendapt harta Jika anda mimpi membubuhi (menaroi) minyak pada rambut kepala anda,alamat anda sembuh dari penyakit anda. Jika anda mimpi berjalan (musafir) pagi berlayar mengembara, dan sebagainya,alamat anda di Muliakan orang ,dan bicara anda di turuti.

Monday 3 February 2014

Mimpi hilang barang

Mimpi hilang barang atau di dalam mimpinya dia menyedari ada barangnya yang hilang, itu mungkin membawa alamat kurang baik.

Maknanya anda akan mengalami suatu musibah , ataupun kesedihan, ataupun musibah

Mimpi kehilangan yang berkaitan : Kehilangan Dompet, Hilang motosikal, kecurian kereta, moto, hilang benda berharga

Jom Baca

.. ..

Info Masakan

.. ..

My Blog List